Rabu, 28 Februari 2018

Anak Sukar Tidur Malam ~ Mengundang Stres Ibu Ayah


Pernahkah rasa stres dengan bayi atau anak yang tidak mahu tidur malam meskipun sudah nampak letih dan mengamuk sepanjang hari?



Sebenarnya sebahagian besar ibu bapa pernah mengalaminya, setuju tak?



Perlu kita ketahui, berapa jamkah anak-anak kita memerlukan masa untuk cukup tidur dan rehat? Boleh baca di sini untuk ketahui pola tidur anak --> Tidur vs Sleep



Menurut www.doktorbudak.com, ada 8 punca yang menyebabkan anak sukar tidur malam :



1. Sudah menjadi 'habit' atau kebiasaan.

2. Terlalu penat atau tidak mendapat "nap time" yang cukup.
3. "Separation anxiety" anak tinggi. Susah mahu berenggang dengan mak ayah sebab takut kehilangan.
4. Rutin tidur yang tidak tetap.
5. Obstructive Sleep Apnea. Ini perlu jumpa doktor untuk rawatan dan tindakan susulan.
6. Mengalami lelah atau asthma. Memang sukar untuk lena kerana hidung yang tersumbat, dada rasa sempit dan pernafasan jadi kurang selesa.
7. Anak-anak mengalami mimpi ngeri.

8. Kesan sampingan ubat yang dimakan. Ini perlu berbincang dengan doktor untuk dos dan jenis ubat yang sesuai dengan anak.

Bagi mengatasi masalah ini, pastikan rutin tidur anak tetap dan mengikut panduan yang telah diberikan.


Sleep Time Balm


Boleh juga ikhtiar dengan balm ini. Insya Allah balm ini tidak berangin atau "panas" tetapi baunya harum sahaja.

Sapuan nipis di tempat yang dicadangkan :


Sapu di bahagian-bahagian ini kerana kawasan ini banyak saraf (vita flex) jadi diharap tindak balas lebih cepat berlaku.

Untuk dapatkan balm ini boleh hubungi saya ya :



* Saya merupakan ahli berdaftar Tasneem Naturel dengan ID002223.

Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015