Ahad, 25 Mac 2018

6 perkara sebelum bermusafir


Sebelum mulakan perjalanan jauh minggu lepas. Dalam hati ada sikit debarnya. Tapi submit doa banyak-banyaklah.

Risau jika ada yang batuk, selsema, demam atau sakit perut. Ini memang antara penyakit yang mahu dielakkan.


Bab tantrum dah cuba kawal awal-awal. Ahaa.. mulalah kita buat skrip awal-awal, apply social story dan paling penting ada triknya. Hihi.

Ikut pengalaman terdahulu, sebelum bermusafir :

1. Saya akan terangkan kepada anak-anak destinasi yang akan dituju.
2. Ajar adab bermusafir - doa kuar rumah, doa musafir, doa berhenti di sesuatu tempat dll.
3. Sentiasa ingatkan peraturan - cakap baik-baik, kongsi barang sama-sama, dll.
4. Kemas pakaian dan sediakan beg sama-sama supaya semua ada rasa tanggungjawab.
5. Bincang aktiviti yang boleh dibuat semasa dalam perjalanan. Anak-anak akan sediakan sendiri keperluan mereka.
6. Ulang DO and DON'T.

Sebelum bergerak, haruslah semua orang isi perut (makan) dan ke tandas supaya nanti tak banyak drama dalam perjalanan.

Oh ya, disebabkan kalut pagi tu, anak yang ingatkan untuk sapu balm Calm. Haha.. dia ambil sendiri dan sapukan pada adik-adik.
Balm Calm ~ membantu mengurus emosi anak yang tantrum dan tak selesa.

Malangnya, balm tu tertinggal pula di rumah. Tak mengapa, balm lain pun boleh pakai 😊 EO di dalam balm Sleep, CF-rub dan T-rub ada pelbagai dan masing-masing ada peranan sendiri.

Set penuh balm Tasneem Naturel. Ada 4 jenis.

Menariknya, kali ini tak ada yang mabuk kenderaan! Rahsianya? 

Anak-anak sapu sendiri balm pada hidung. Masya Allah. Balm Tasneem Naturel ni memang wangi. Kadang-kadang anak kata bau limau. Sedap. Sebenarnya ada EO lavender yang memang memberi aroma yang tersendiri.

Ok, nanti bila-bila lapang, nak sambung reviu buku anak-anak (dalam 10 Hari Cabaran Kembara Buku Bergambar) yang tertunda dua buah hari tu 😊

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015