Jumaat, 23 Mac 2018

Beg comel


Bila keluar ke kedai, biasanya saya sudah ada senarai barang yang mahu dibeli. Jika tidak ditulis pada kertas, saya akan catat dalam telefon. Atau jika kuat ingatan, hanya draf dalam 'kepala'. 

Tapi pilihan terakhir ini sangat bahaya 😂 Selalunya ada sahaja barang yang tertinggal untuk dibeli. Dan ada sahaja barang baru yang dibeli.

Suatu hari saya temankan emak membeli-belah. Seronok membeli dengan emak sebab bagi saya, saya suka dengan kebanyakan pilihan emak. Nampak cantik, selesa dan sangat berguna.

Tambah bahagia bila suami izinkan dan tolong jaga semua anak sementara 😉

Sambil-sambil menunggu emak membeli, saya hanya berdiri dan melihat-lihat gerai berdekatan. Oh, banyak juga yang menarik hati. Saya berkenan dengan beg-beg comel yang dipamerkan. 

Tetapi disebabkan tiada dalam senarai beli, saya hanya lihat dari jauh sahaja sambil mencongak bajet. Hihi.

Semasa bantu emak angkat barangan yang dibeli saya tinjau ke dalam plastik. Wah, ada pelbagai jenis pes dan makanan di dalamnya! Yummy! Mak kan rajin memasak. Saya ni.. masya Allah. Kena tunggu ada dapur sendirikah baru semangat nak memasak hari-hari? 😋

Emak pun memang membeli ikut senarai keperluan yang dibuat. Tak sangka sekejap sahaja urusan kami. Akhirnya di gerai terakhir yang emak membeli barang, emak kata, "Beli sahajalah, cantik. Boleh mak nak 1."

Satu pek ada 3 buah beg comel ini. RM10.

Haha.. laju sahaja saya ambil. Tutup mata. 3 pcs RM10 🙈 Memang mencari beg comel begini untuk letak balm dan peralatan lain di dalam beg.

Yeay! Semua balm sudah ada tempat baru. Lepas ni mudah nak pakai. Ambil dan letak semula dalam beg comel ini 

Senang mahu travel dan cari di dalam beg. Sebabnya saya jenis masukkan semua benda di dalam beg. Cemburu pula lihat orang lain yang kemas sahaja susun atur barang di dalam beg mereka.

Bila balik ke rumah, dua orang anak dara ni sudah pegang seorang satu. Ha, sudah. Tepuk dahi saya. Tak beringat ada dua orang anak perempuan yang memang sukaa apa sahaja yang ummi ada 😂

Panjangnya membebel. Itulah, bila "mood happy" dapat "me time". Hihi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015