Sabtu, 3 Mac 2018

Essential Oil di dalam Calm Time Balm


Sumber gambar : Pinterest

Lihat situasi di bawah. Siapa pernah jadi macam ni, angkat tangan sikit 🙋 :

🔰 Bila anak dah mula belajar merangkak atau berjalan, bermulalah "struggle" ummi nak pakaikan pampers dan baju. Kadang tu kena kepit sikit baru dapat pakaikan "fully dress" 😂 

🔰 Bila bawa anak ke kedai dan dia nak sesuatu yang kita tak beri, boleh pula dia menangis sekuat hati di situ. Masa tu, muka ummi rasa-rasa jadi warna apa?

🔰 Satu masa dahulu, memang "bercinta" nak ajak anak-anak tidur. Kita dah mengantuk pun, anak masih ada tenaga sampai 1-2 pagi. Huwaa  😱

Cukuplah tiga situasi ni dulu. Lap peluh sekejap.

Calm Time Balm

Nama pun "Calm". Tenang maksudnya. Sebelum saya beli dahulu, saya lihat dan baca dahulu label kandungan dalam balm ini.

Tertarik dengan essential oil (EO) yang digunakan. 


Geranium

Sumber gambar : almanac.com

Geranium ini memang terkenal sejak zaman Mesir Kuno dalam membantu mengurangkan keradangan, menstabilkan tekanan, melegakan masalah haid di kalangan wanita dan mempunyai anseptik yang membantu melawan bakteria. Bermakna ia berfungsi dalam meningkatkan imunisasi badan.


Marjoram

Sumber gambar : brittanica.com

Marjoram dikenali sebagai "wintersweet" atau "joy of mountains". Ia bersifat menenangkan dan bertindak balas dengan sistem kardiovaskular. 

Malahan, marjoram turut membantu masalah kemurungan dan menyokong sistem imun. 

Tidak hairanlah jika ia turut berfungsi mengatasi masalah penghadaman, merawat batuk, selsema, hidung berair, isu pundi hempedu, pening, migrain, sakit saraf dan lumpuh.




Nah, baru dua jenis EO di dalam Calm Time Balm, kan? Nanti kita sambung lagi ya.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015