Rabu, 7 Mac 2018

Kelebihan T-rub balm dari Tasneem Naturel


Hari ini nak berkongsi satu lagi balm dari Tasneem Naturel iaitu T-rub.




Dahulu dikenali dengan Tummy Time Balm namun disebabkan polisi dari Kementerian Kesihatan Malaysia, kita tidak boleh letakkan nama tersebut di packaging, maka pengasas produk tukarkan kepada T-rub. Fungsi masih sama, nama sahaja berbeza sedikit.


Secara umumnya, T-rub diformulasikan bagi membantu masalah berkaitan perut secara umum.




Semua peringkat umur boleh dapat kebaikan dari balm ini. Tak semestinya bayi dan kanak-kanak sahaja.

Biasanya jika keluar bermusafir jauh, memang T-rub menjadi benda wajib bawa sebab nak berjaga-jaga sekiranya ada ahli keluarga yang mabuk kenderaan

Maklumlah, adakalanya cuaca panas, air cond kereta kami dah tak berapa efisyen 😅 Jadi anak-anak mula mengadu panas dan kurang "berangin" di tempat duduk masing-masing.

Bila disapu balm ini, lega sedikit dengan baunya yang harum.

Lagi satu, jika berjalan jauh saya memang selalu doa janganlah ada yang sakit perut atau muntah-muntah. Tak mahu bayangkan pun benda-benda ni terjadi.

Kita berada jauh dari rumah, keluarga dan keselesaan jadi hal-hal ini perlu dielakkan. Maka, selain menjaga makan minum, pengudaraan kereta dan membawa bekalan ubat, balm ini jadi satu kemestian sebagai kit kecemasan kami sekeluarga 😃

Ok, mari lihat kandungan essential oil (EO) di dalam T-rub :









Banyak, kan? Berbaloi dengan harganya RM49.00 untuk sebiji balm. 

Berminat untuk dapatkan T-rub boleh hubungi nombor tertera. Jumpa lagi.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015