Khamis, 15 Mac 2018

Kit Baby harus ada


Beberapa hari ini, banyak terima perkhabaran rakan terdekat menerima kelahiran cahaya mata yang baru. Alhamdulillah, tahniah! Barakallahu fil mauhibu lak 😍


Bagi ibu yang pertama kali menimang cahaya mata, mungkin sedikit kekok dengan baby jika sebelum ini tidak biasa. Tak mengapa, Allah kurniakan naluri keibuan kepada semua perempuan. Insya Allah, lama-kelamaan jadi biasa, ok?



Lagi satu, semasa dalam berpantang, jagalah emosi, perasaan dengan baik. Sentiasa berdoa agar Allah mudahkan urusan berpantang anda, mudahkan baby untuk diurus, menyusu dan senarai berterusan. 

Doa in the first place! Kemudian baru datang yang lain. Allah mengikut sangkaan hamba-Nya.

Baby yang baru lahir memang kerap menyusu. Maka, baby akan selalu terbangun dan menangis. Tarik nafas dalam-dalam dan buang rasa stress ya. Nikmati momen ini kerana ia tidak akan berulang lagi 😊

Menarik sekali apabila mendapat maklum balas positif dari seorang ibu berpantang. Biasanya dengar baby yang dapat kesan dari balm Tasneem Naturel. Kali ini ibu pun dapat manfaatnya.



Anak yang kurang meragam semasa dalam pantang beri satu kelegaan buat ibu berpantang. Tambah lagi jika ada anak lain yang perlu diurus.

Memang balm ini kecil sahaja (berat lebih kurang 50g) tetapi isinya padat 😊

Jadi, memang patutlah balm Tasneem Naturel ini menjadi pilihan ibu-ibu sebagai kit baby harus ada di rumah. 

Sekarang pun sudah semakin popular dengan essential oils (EO), jadi balm dari Tasneem Naturel ini sudah siap diformulasikan dan boleh disapu terus ke kulit.

Lihat, kandungan setiap balm yang mengandungi antara 7-8 jenis EO. Berbaloi dengan harganya insya Allah.





Ikuti blog ini untuk perkongsian Tasneem Naturel balm yang lain. Jumpa lagi.


#id002223
#TasneemNaturelBalm

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015