Rabu, 21 Mac 2018

Mabuk laut


Semasa menaiki feri ke Pulau Langkawi baru-baru ini, kami ada rasa berjaga-jaga sedikit. Maklumlah, ada 10 orang kanak-kanak termasuk 2 baby bawah usia 2 tahun (8 orang lagi berusia 3 - 8 tahun). Boleh bayangkan tak macam mana nak urus? 😂

Excited pula tengok laut 

Dalam perjalanan, baru perasan ada seorang anak buah mula rasa pening dan mual. Cepat-cepat cari balm dalam beg. Tapi..tapi.. rupanya balm Calm ada dalam beg baju. Hehe.

Maka saya guna sahajalah Sleep Time balm Tasneem Naturel. Sebab dalam balm Sleep ni ada essential oil (EO) bergamot, lavender, orange dan ylang ylang. Setiap satu EO ini ada fungsi stabilkan tekanan darah, kawal kemurungan, bantu lebih fokus dan menstabilkan emosi.

Saya calitkan pada nadi, belakang telinga, tulang belakang dan tapak kaki anak buah tu. Tambahan, saya sapu sedikit di hidungnya. Beri dia bau untuk elakkan mual dan muntah.

Sumber gambar : koleksi peribadi

Alhamdulillah, everything went well 😍 Jadi, Sleep Balm pun boleh membantu masalah lain selain memudahkan tidur lena 😉

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015