Sabtu, 14 April 2018

Skeenz


Sudah beberapa kali bersalin, menjaga bayi dalam pantang memang memerlukan perhatian yang besar.

Teringat pula, semasa berpantang anak ketiga dan keempat, minggu itu cuaca agak panas (Ogos 2014 dan Oktober 2016). Maka naik bintik-bintik kecil memenuhi kepala anak. Tambahan lagi, anak keempat saya mula melecet pada bahagian leher sebelah kiri. Hampir bernanah dibuatnya. Allah, sedih betul masa itu.

Waktu itu, tak tahu nak sapu apa. Jadi kerap periksa dan pastikan pengudaraan dalam bilik OK supaya baby tak panas dan berpeluh. Doktor kanak-kanak ada sarankan untuk pasangkan penghawa dingin sementara waktu cuaca panas ini. Lama juga melecet tu nak sembuh 😥

Jadi, bila founder Tasneem Naturel Balm umumkan nak keluar balm baru, memang seronok sangat bila dimaklumkan ada balm untuk masalah kulit sensitif.


Balm Skeenz

Tinjau ramuan EO (essential oil) yang digunakan dalam balm Skeenz ini :


Masya Allah banyaknya! Antara fungsi dan keistimewaan EO ini :

Argania spinosa kernel oil 

Atau dikenali sebagai Argan Oil. Ia mengandungi Essensial fatty-acids, omega-6 dan tocopherols (vitamin E).

Argan oil banyak sangat kebaikan untuk kulit. Ia mampu melembapkan kulit, memiliki antioksidan yang tinggi serta memperbaiki keadaan kulit. Ini disebabkan kandungan zatnya yang elok untuk kesihatan kulit.

Helianthus Annuus (Sun Owwer)

Kaya dengan omega 6 dan sumber mendapat Vitamin E yang baik untuk membentuk lapisan di kulit sebagai "perisai" dari jangkitan bakteria.

Octyldodecanol

Digunakan untuk memperbaiki dan dan menambahbaik keadaan kulit.

Rosmarinus O Cinalis (Rosemary) Leaf extract

Rosemary eo ini berfungsi sebagai agen anti-keradangan yang hebat kerana ia mengandungi caffeic acid, rosmarinic acid, dan α-pinene (organic compound) yang berfungsi untuk mengurangkan bengkak dan sakit.

 Insya Allah, moga ada kesempatan untuk kongsikan lagi kelebihan EO yang lain.

Banyak terma yang baru saya kenali dan menarik untuk dikaji. Berminat untuk tahu lebih lanjut tentang Skeenz? Jangan bertangguh untuk hubungi saya :


Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015