Khamis, 28 Jun 2018

Balm Skeenz dan kandungannya



Sebelum beli dan guna apa-apa produk, biasakan baca label pada ramuan atau kandungannya. Yang tak tahu fungsinya kita boleh tanya pada yang ahli atau google pada laman web rasmi produk tersebut.

Macam Skeenz, semua bahan yang digunakan memang berfungsi ke atas kulit. 

Ada olus oil, beeswax, shea butter, octyldodecanal, vitamin E, argan oil, blackcurrant oil, sunflower seed oil, balloon plant, rosemary.

Ahaa tergeliat lidah nak menyebutnya 😂 Tapi bila tahu fungsi setiap satu ni memang masya Allah, hebatnya Allah ciptakan bahan begini untuk manusia 👍

Misalnya Olus Oil ni bersifat hypoallergenic, melembapkan kulit dan sesuai untuk elakkan kulit kering seperti penghidap eczema.

Argan oil pula memang dikenali di seluruh dunia. Jika anda perasan, banyak alat kosmetik kecantikan yang menggunakan argan oil ni.

 Peranannya sebagai pelembap semulajadi ke atas kulit kering, gatal dan berkuping. Lebih penting, ia kaya dengan nutrien seperti asid lemak dan vitamin E. 

Ia turut bertindak sebagai antioksida yang membantu merawat kulit rosak, berjerawat dan mengurangkan keradangan.

Vitamin E dimaklumi mengekalkan kelembapan kulit dan melegakan radang kulit seperti kemerah-merahan, ekzema, bengkak-bengkak dan gatal-gatal.

Blackcurrant oil juga bersifat antioksida. Biasa diguna untuk merawat sakit kulit, psoriasis, ekzema dan memperbaiki sel-sel kulit.

Melegakan gatal-gatal dan merawat sakit kulit memang peranan balloon plant.

Tak lupa juga Rosemary yang terkenal dengan antiseptik semulajadi. Ia menghalang jangkitan pada kulit, kurangkan keradangan dan melembapkan kulit.

Aha.. sunflower seed oil pula mengandungi vitamin A, C, D dan E yang tinggi. Mampu membantu kelembapan kulit dalam jangka masa yang lama. Ia efektif merawat jerawat dan memperbaiki masalah kulit serta mengurangkan keradangan pada kulit.

Oh, ada lagi. Balm Skeenz juga sudah ada nombor pendaftaran KKM. Insya Allah selamat digunakan dan dipercayai 👍


Pilihan bijak dengan Skeenz untuk masalah kulit 😊

#tasneemnaturelbalm

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015