Sabtu, 14 Julai 2018

Istimewanya Tasneem Naturel Balm



Balm dari Tasneem Naturel ini dah jadi kit wajib ada bagi kami sekeluarga. Bukan kami sahaja, ribuan ibu ayah sudah mencuba dan dapatkan balm ini. Alhamdulillah.

Apa yang best sangat? Ha, pastilah BEST. Setiap balm ada keistimewaan sendiri. Dapat selesai beberapa masalah dengan balm-balm ini.

Mahal?

Oh, dahulu pun saya pernah berfikiran begitu. Tapi, bila buat pembacaan tentang minyak pati tumbuhan (dalam bahasa Inggeris disebut Essential Oil), mengenali bahan-bahan dalam balm dan cara berfungsinya, sebenarnya harganya adalah berpatutan dengan bahan-bahan yang digunakan.

Ada beberapa perkara yang membuatkan kami sekeluarga terus menggunakan balm Tasneem Naturel ini :

1) Ibu mertua saya pernah mengalami batuk berminggu-minggu sehingga akhirnya dimasukkan ke dalam wad. Waktu itu masih di peringkat awal berkenalan dengan Tasneem Naturel Balm. 

Lalu kami cuba sapu CF-rub seperti disarankan iaitu pada dada, leher, tulang belakang dan tapak kaki. Kami tambah sapu di bahagian hidung. Ibu mertua kata lebih selesa. Dan sehari selepas itu, hilang selsemanya. Masya Allah.

2) Anak-anak buah yang pulang ke kampung memang banyak tenaga mereka. Melompat ke sana ke mari, memanjat, bermain dengan aktif. 

Waktu tidur tengahari memang waktu kritikal untuk pujuk mereka tidur 😂 Maka, cuba sapu Sleep Time. Alhamdulillah, sebahagiannya tidur terus selepas beberapa ketika. Lena betul. Hehe. 

3) Emak saya sudah lama menghidap alahan kulit pada tapak tangan. Biasanya emak alah pada detergen atau tersilap makan makanan laut. Tapak tangannya akan gatal-gatal. Jika terlalu teruk, kulit tapak tangan akan berubah gelap dan sakit apabila terkena air. 

Kami ikhtiarkan dengan Skeenz balm selepas berusaha dengan ubat doktor. Masya Allah, ia pulih seperti biasa dalam tempoh seminggu.

Ok cukuplah tiga situasi di atas. Sebenarnya banyak lagi 😉

Oh ya, meskipun balm ini nampak kecil tetapi penggunaannya tahan lama. Ada balm yang kami pakai (Sleep dan Calm) bertahan lebih 5 bulan! Ha, berbaloi kan?


Lebih menarik, balm ini bebas paraben, SLS dan bahan kimia berbahaya. Ia sesuai untuk bayi baru lahir sehingga dewasa. Cuma, untuk bayi pramatang, kami nasihatkan tangguh pakai sehingga bayi berusia 6 bulan ke atas.






Ini kerana, kita mahu menunggu sistem badan bayi pramatang lebih stabil sebelum gunakan balm ini 😊

Jangan malu-malu nak dapatkan balm ini ya. Boleh roger nombor di bawah ini :


Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015