Isnin, 3 September 2018

Effective Agent Tasneem Naturel Balm



Orang yang mencuba tidak pernah gagal. Sebab apabila bermula langkah pertama itu satu petanda usahanya menemui kejayaan. Setuju?

Saya bermula lebih awal sebenarnya dalam keluarga Tasneem Naturel. Tahun lepas selalu sangat nampak iklan Tasneem Naturel melintas di dinding Facebook.

Tika ditawarkan oleh Kak Eina Tholhah menyertai timnya, saya agak ragu-ragu kerana selama ini saya hanya berpengalaman menjual buku. Terasa tiada bakat menjual benda lain. Apatah lagi saya jenis orang yang perlu mencuba dahulu sebelum mencadangkan kepada orang lain.

Tetapi sebenarnya, dalam berniaga kita perlu bertindak segera membuat keputusan, mencari ilmu, bijak menyesuaikan diri dan sebagainya. Malah, tidak perlu mencuba semuanya dahulu baru nak menjual. 

Kita boleh "study" dahulu, kaji produk yang dijual dan kongsikan kebaikannya dengan pelanggan.

Dalam keluarga Tasneem Naturel, banyak ilmu yang dikongsikan bersama semua agen. Tidak kira dari tahap pengasasnya (founder) yang selalu turun padang untuk "coaching" kami, Master Leader, Leader serta sesama kami saling menyokong, memberi kata semangat dan berkongsi ilmu.

Sedikit demi sedikit ilmu yang ditadah dilaksanakan. Benar, nak berjaya perlu merancang. Gagal merancang boleh menyebabkan kita gagal.

Balm dari Tasneem Naturel ini alhamdulillah sesuai dipakai oleh kami sekeluarga. Dalam 5 jenis balm ini, anak-anak paling suka balm Sleep. Kata mereka wangi dan nyaman sahaja bila nak tidur. 


Saya suka balm Calm. Memang berkesan stabilkan emosi sendiri. Hehe. Sebenarnya ia diformulasikan untuk mengawal tantrum anak dan menenangkan anak. Tetapi kita pun boleh juga dapat manfaatnya.

Adik saya gemarkan CF-rub. Ia berkesan mengeluarkan hingus pekat dan kahak anak-anak bila mereka diserang batuk dan selsema. Masya Allah.

Emak saya serasi dengan Skeenz. Alahan kulit yang dialami semakin baik dengan balm ini.

T-rub pula sentiasa jadi bekalan kami apabila keluar bermusafir atau bersiar-siar. Kenapa? Sebab anak-anak kerap mabuk kenderaan jadi T-rub ini akan mereka bau (calitkan di hidung) sebab baunya yang harum mengurangkan loya 😃 Ha, ibu hamil pun boleh guna tau. Walaupun fungsi utamanya ialah membantu sakit perut, kembung dan sembelit.

Dengan tambahan dua produk terbaru iaitu Mandian (body wash) dan Roll On (ala-ala deoderent), permintaan semakin tinggi terhadap Tasneem Naturel. Serius!

Jom cuba balm ini. Jangan segan-silu untuk hubungi saya :


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015