Selasa, 4 September 2018

Menulis impian sendiri



Antara tip yang dikongsi oleh Nik Nur Madihah minggu lalu ketika bertemu anak-anak kelas mengaji kami ialah menyimpan jurnal atau menulis diari.

Kata kuncinya ialah MERANCANG dan menggunakan masa dengan optimum.

Selain merekod aktiviti harian, Nik Nur Madihah turut membuat satu keratan akhbar sendiri yang menulis tentang impian beliau mencapai 20A dalam peperiksaan SPM. Masya Allah!

Bukankah ini vision board yang sering diulang-ulang dalam 'group coaching' perniagaan atas talian? Madihah telah terlebih dahulu aplikasikannya seawal usia persekolahan lagi.

Lalu, apa matlamat kita di sini? Jom mula senaraikan!

Jangan lupa cari maklumat untuk mencapai cita-cita tersebut. Sebut mengenai cita-cita, terasa ingin berkongsi ilmu yang diberi oleh salah seorang teammate kami dalam #TeamNaajiihin Tasneem Naturel.

Atikah baru sahaja naik ke ranking Effective Leader bulan Ogos dan beliau menyenaraikan 4 perkara utama konsistensi dalam berniaga :

1) Konsisten dalam pemasaran.
2) Konsisten dalam mengurus kewangan bisnes.
3) Konsisten menjaga pelanggan.
4) Konsisten menambah ahli pasukan. Bekerja dalam kumpulan lebih efektif berbanding bergerak sendirian.

Masya Allah. Sekali lagi, let's set our goal today! May Allah ease.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015