Alhamdulillah, dapat hadir ke perjumpaan pertama Ahad minggu
lalu. Terima kasih suami yang memberi keizinan dan menghantar kami ke tempat
program.
HSGS ialah singkatan kepada Homeschooling Genius Syurga,
sebuah platform kumpulan di Facebook untuk para ibu berkongsi idea aktiviti
anak-anak. Ia dipelopori oleh Pn Shahsuzlina Omar atau lebih mesra dengan
panggilan Kak Lin.
Untuk Negeri Melaka, admin HSGSnya ialah Pn Sakinah Rafiee
yang mula saya kenali seawal tahun 2009 dahulu. Seorang ibu muda yang penuh
semangat dan ‘humble’. Psstt..Chocolate Chip cookies dia sangat sedap! ;)
Ok, kami memilih Tasik Ayer Keroh sebagai tempat berkumpul.
Meskipun diuji sedikit dengan cuaca tetapi ia tidak menghalang hampir 15 buah
keluarga datang berhimpun. Aktiviti terisi penuh antara jam 10 pagi hingga 12
tengahari itu.
Ada 2 aktiviti sempat dijalankan iaitu :
1)
Buku Alam – anak-anak dikehendaki mencari daun, batu
dan ranting dan ditampal dalam folio Buku Alam masing-masing. Macam-macam gaya
anak ini mencari bahan.
2)
Cop sayuran – ini kami bawa siap-siap dari rumah. Saya
bawa bawang besar (yang dipotong melintang), bendi, sayur sawi dan lobak.
Anak-anak mewarnakan dan mencorakkan kertas mereka dengan begitu tekun sekali.
Mujur juga ada kawan (Kak Fida). Sebab kami tertinggal tikar
dan kehilangan berus warna semasa baru sampai. Biasalah, tercicir di mana-mana.
Hee.
Waktu makan tengahari memang ditunggu-tunggu. Anak-anak ini
sudah kelaparan agaknya. Menu yang paling laku ialah bihun goreng (Pn Sal dari
Merlimau) dan buah tembikai. Sedap! Alhamdulillah. Banyak sungguh makanan
terhidang sehingga tak tercapai mahu rasa semua. Hihi.
Saya pun sempat jamah satu cekodok dan sepotong sandwich
sardin. Tak tertelan rasanya sebab memerhati 6 anak yang dibawa. Suami tiada
bersama kerana perlu menghadiri program lain di kampung.
Waktu mengambil gambar juga meriah. Alhamdulillah sesi
fotografi yang ringkas tetapi mendapat kerjasama baik dari semua. Suka sangat!
Pulang dari Tasik Ayer Keroh, kami menumpang Kak Fida untuk
ke Masjid Alami MITC. Terima kasih sekali lagi ya Kak Fida dan suami. Malu juga
dengan kami 7 beranak. Alhamdulillah muat dalam keretanya. Berkat insya Allah
;)
Dengar khabar, minggu ini ada Playgroup kedua pada hari
Sabtu, 27 Oktober 2018. Nantikan pengumumannya dari admin HSGS Melaka. Atau
bagi anda yang ingin turut serta dalam komuniti HSGS Melaka, boleh mesej admin
di www.wasap.my/60137665084
Jumpa lagi.
Aina Dayana Hilmi
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Fanpage : Tip Homeschooling
Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak