Rabu, 20 Februari 2019

Baby Spa Set Tasneem Naturel


Semasa membuat persediaan bersalin anak yang sulung, ummi masih belum terbuka hati lagi menimba ilmu tentang barang mandian bayi kecuali kelengkapan fizikal seperti pakaian, lampin pakai buang dan tilam bayi. Namun, apabila bayi lahir ummi mula terfikir, eh baby mandi pakai apa ye? Sabun ni ok ke?

Disebabkan ramai orang pakai jenama terkenal itu, ummi pun beli dan gunalah kepada bayi. Masa berlalu, melalui pembacaan dan informasi daripada doktor barulah ummi ketahui ada bahan kimia yang tidak sesuai dengan kulit bayi dalam bahan mandian yang digunakan.

Bayi baru lahir tidak perlu memakai apa-apa sabun. Cukup dengan air sahaja. Sehingga anak ummi sudah beberapa bulan usianya barulah ummi pakai sedikit losyen yang diyakini organik dan halal. 

Lalu, apabila mendapat tahu yang Tasneem Naturel mahu keluarkan Baby Spa Set, sudah pasti ummi jadi teruja! Bukan sahaja kerana bahannya yang natural, tetapi ia sesuai untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak.


Kebaikan Baby Spa Set


Baby Spa Set dari Tasneem Naturel mengandungi 3 jenis produk iaitu :



Kandungan dalam Head To Toe

1) Head to toe – sudah pasti untuk kegunaan mandian bayi. Ia diadun dengan bahan yang sama dengan balm Calm Time dari Tasneem Naturel. Baunya harum. Calm memang balm kegemaran kami sekeluarga! Calm head to toe ini berperanan memberi rasa relaks kepada bayi supaya emosinya tenang, mudah diurus dan kurang meragam. Ia bukan seperti fungsi sabun mandi biasa.



Kandungan Massage Oil

2) Massage oil – Urutan bayi dipercayai mampu merangsang perkembangan positif bayi kita. Memang tepat sekali Tasneem Naturel keluarkan produk seumpama ini. Bolehlah bayi tenang-tenang sambil diurut dengan penuh kasih saying oleh ibu dan ayah.


Kandungan Lotion

3) Lotion – antara fungsi lain memberi keselesaan kepada bayi selain membelai kulit halusnya. Semoga dengan bahan asas yang natural membantu perkembangan bayi dengan lebih sihat dan ceria.



Pada pandangan peribadi ummi, Baby Spa Set ini memang harus dimiliki oleh ibu hamil yang sedang menunggu kelahiran cahaya mata. Ibu yang baru berpantang selepas kelahiran juga sesuai dapatkan ini. 

Ummi membuka tawaran sempena pre-order Baby Spa Set yang akan dilancarkan pada 1 Mac 2019. Jemput klik sini untuk order ya!


Tawaran terhad kepada 2000 kotak sahaja. Setia mengikuti blog ummi untuk info lanjut dari masa ke semasa 



Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

2 ulasan:

  1. Sangat best! Tak sabar tunggu ptoduk baru ni.

    BalasPadam
  2. Wah..best ni..mesti suka anak Saya nanti kena urut2 😊

    BalasPadam

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015