Selasa, 19 Mac 2019

Bila anak sembelit...

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 


Minggu lalu, anak sembelit 3 hari berturut-turut. Entah di mana silapnya. Saya rasa sebab makannya tidak terkawal dan kurang minum air masak.

Puas urut betis dan tapak kakinya. Petua dari nenek dan emak. Kemudian dalam kalut lihat dia menangis, tiba-tiba dia sebut "bam.. bam" Ya Allah, baru teringat ada balm T-rub. Hee..

Disebabkan dia berdiri sahaja, tak mahu baring jadi saya buat sahajalah urutan I Love You di perutnya.


Buat beberapa kali sambil sambil sapu T-rub. Tengok tu sempat minta balm dalam nangis-nangis dia. Alhamdulillah, dalam 3-4 minit selepas tu selamatlah dia membuang air besar. Muka legaaa sangat. Berpeluh-peluh dibuatnya.


Sedikit perkongsian yang ummi dapat dari Dr Hairin Anisa Tajudin, antara faktor terjadinya sembelit ialah :

1) Anak hanya bergantung kepada susu formula.

2) Kurang minum air masak. Air masak penting untuk lembutkan najis. 

3) Kurang ambil makanan berserat atau fiber seperti gambar berikut. Ingat ya, elakkan bagi anak pisang, nasi, epal dan roti semasa anak sembelit.


Berlainan pula jika anak cirit-birit, terbalikkan pula :-) 


Inilah balm T-rub yang ummi guna :


Alhamdulillah hingga ke hari ini, anak lancar membuang air besar. Boleh jadi fobia tengok anak sembelit tau :( 

Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : Aina Dayana Hilmi | tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015