Sabtu, 23 Mac 2019

Macam mana saya boleh terjebak dengan Tasneem Naturel?

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 


Saya ingat lagi. Awal-awal kenal dengan balm Tasneem adalah melalui "posting" Pn Sakinah Hamid di Facebook beliau. Sebelum ini memang saya ikuti beliau sejak lama dahulu. Waktu Pn Sakinah "post", betul-betul bulan puasa tahun 2017. 

Cuma waktu itu, saya rasa tiada keperluan untuk beli. Haha. Sebabnya, rumah mak saya hanya sebelah sahaja dengan rumah mertua. Dan saya pula memang duduk sekali dengan mertua. Kedua, anak-anak tiada masalah sangat ketika itu.

Nak kata meragam duduk dalam car seat, kami jarang keluar. Nak kata anak tantrum sebab letih pun kurang. Sebab dah terbiasa ada rutin tidur sendiri.

Namun, selang beberapa bulan. Apabila sesi pembelajaran di rumah kami bermula semula, di sinilah saya hadapi satu demi satu masalah. 

Anak liat nak tidur tengahari. Jadi menjelang asar, mereka dah mula tantrum, merajuk, bergaduh sesama adik-beradik dan macam-macam lagi. 

Pening bila difikirkan. Kemudian bila leader masa itu (Kak Eina Tholhah) ajak join Tasneem, saya pun setuju. Sebabnya dah mula buat pembacaan tentang balm  Tasneem Naturel.

Waktu inilah pertama kali kenal dengan lebih dekat apa itu minyak pati tumbuhan (atau lebih dikenali dengan essential oil), bagaimana menggunakannya, apa kandungan dalam setiap EO ini, bagaimana balm Tasneem berguna untuk baby dan ibu dan selainnya.

Sedikit demi sedikit, saya pakai pada anak, keluarga dan diri sendiri. Alhamdulillah, memang macam "magic"! Kelakar pula diingat semula.

Ada beberapa perkara yang membuatkan kami sekeluarga terus menggunakan balm Tasneem Naturel ini :

1) Ibu mertua saya pernah mengalami batuk berminggu-minggu sehingga akhirnya dimasukkan ke dalam wad. Waktu itu masih di peringkat awal berkenalan dengan Tasneem Naturel Balm. 

Lalu kami cuba sapu CF-rub seperti disarankan iaitu pada dada, leher, tulang belakang dan tapak kaki. Kami tambah sapu di bahagian hidung. Ibu mertua kata lebih selesa. Dan sehari selepas itu, hilang selsemanya. Masya Allah.

2) Anak-anak buah yang pulang ke kampung memang banyak tenaga mereka. Melompat ke sana ke mari, memanjat, bermain dengan aktif. 

Waktu tidur tengahari memang waktu kritikal untuk pujuk mereka tidur 😂 Maka, cuba sapu Sleep Time. Alhamdulillah, sebahagiannya tidur terus selepas beberapa ketika. Lena betul. Hehe. 

3) Emak saya sudah lama menghidap alahan kulit pada tapak tangan. Biasanya emak alah pada detergen atau tersilap makan makanan laut. Tapak tangannya akan gatal-gatal. Jika terlalu teruk, kulit tapak tangan akan berubah gelap dan sakit apabila terkena air. 

Kami ikhtiarkan dengan Skeenz balm selepas berusaha dengan ubat doktor. Masya Allah, ia pulih seperti biasa dalam tempoh seminggu!

4) Anak buah berumur setahun terkena ruam lampin yang teruk. Memang habis punggung dan bahagian kemaluan merah bagai udang kena bakar. Sedihnya dengar dia menangis setiap kali buang air dan mahu pakai pampers.

Ibunya sudah cuba dengan krim dari hospital. Dan kemudian usaha dengan Skeenz. Alhamdulillah ruam lampin sembuh dalam masa sehari dua. Legaaa sangat bila tengok si abang comel itu ketawa semula.

5) Anak-anak bila selsema cepat-cepat kami sapu balm CF-rub. Alhamdulillah selsema cepat kering dan anak kata hidung tak rasa tersumbat. "Senang nak bernafas, ummi". 

6) Anak yang sembelit selesai masalahnya bila di sapu T-rub. Boleh baca di sini :-)

Penglibatan awal dalam Tasneem agak struggle bagi saya. Sebabnya saya memang tak ada pengalaman menjual barang selain daripada buku kanak-kanak.

Namun, saya lihat sokongan berterusan dari Leader dan HQ Tasneem serta banyak ilmu yang dikongsi dalam kelas-kelas "online" dan "offline" membuatkan saya kembali "on track" dengan mengikuti satu-persatu tip, tugasan dan apa jua promosi yang diberi.

Memang tepat sekali slogan  : "Jangan percaya, buat sahaja" benar-benar menampakkan hasil.

Saya bermula dengan ranking dropship dan Agent beberapa bulan. Namun, apabila HQ Tasneem membuat jelajah Malaysia melalui program TGM (Tasneem Gegar Malaysia) di Melaka, semangat semakin menaik dan alhamdulillah saya berjaya mencapai Senior Agent pada masa itu. Kini, bersama-sama dengan #FitrahInspiraseeTeam (#FIT) kami berusaha melebarkan lagi sayap perjuangan.

Berbisnes bukan mudah. Tak ada benda yang mudah di dunia. Memilih untuk terus berada di sini ialah satu jihad dengan matlamat yang satu. Lillahi taala. Gembira melihat mereka juga maju selangkah ke hadapan dengan lebih yakin.

Jadi saya terus memilih untuk bersama dengan keluarga Tasneem Naturel kerana saya yakin dengan kualiti dan kelebihan balm yang saya gunakan ini. Saya harap lebih ramai ibu ayah yang mendapat manfaat dari balm dan produk Tasneem Naturel.



Dan semoga anak-anak juga sihat dan serasi asbab kelebihan minyak pati tumbuhan yang ada dalam balm dan produk Tasneem Naturel.

Berminat untuk sertai kami? Jom klik link di bawah. Saya sedia membantu anda :-)



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015