Khamis, 7 Mac 2019

PATCH TEST


Sebelum kita guna apa jua produk kulit, balm baby, krim dan seumpamanya kita perlu buat Patch Test dahulu.

Apa itu Patch Test?

Patch Test ialah satu ujian yang dilakukan pada kulit untuk mengesan sama ada bahan-bahan produk tersebut boleh menyebabkan keradangan pada kulit atau tidak (Sumber : remaja.my).

Kenapa pentingnya buat Patch Test?

Untuk mengesan sama ada kulit kita sesuai atau tidak dengan produk yang digunakan.

Apa tanda sekiranya produk itu tidak sesuai?

🔅Kulit kemerah-merahan
🔅Kulit jadi kering
🔅Kulit rasa panas atau pedih
🔅Mungkin juga timbul bintik-bintik kecil macam ruam
Dan selainnya

Untuk produk baby dari Tasneem Naturel ini, sungguhpun bahan yang digunakan ialah daripada minyak pati tumbuhan (essential oil) namun ia masih perlu juga dilakukan Patch Test.

Macam mana nak buat Patch Test?

Sapu sedikit di tapak kaki, celah pelipat dan ada yang letak di pergelangan tangan.

Perhatikan perubahan jika ada dalam masa sehari dua. Sekiranya ada, jarakkan pengambilannya selepas ini. 

Untuk bayi kecil boleh juga tunggu selepas seminggu dari tarikh disapu atau apabila baby sudah mencapai usia yang lebih besar.




Selamat menggunakan produk dengan baik 🌷

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook & Instagram : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015