Halaman

Jumaat, 22 Julai 2016

Ulasan Buku : Melatih Kanak-kanak Menulis



Gambar : Koleksi peribadi


Sumber gambar : Edumall.com.my
Dalam banyak-banyak ilmu, saya akui saya kurang pengetahuan bagaimana mengajar anak menulis. Usia berapakah sesuai diajar menulis? Bagaimana cara yang betul ajar anak memegang pensel? Adakah kemahiran ini tidak perlu saya tekankan? Bagaimana teknik pengajaran yang betul supaya tulisan anak menjadi kemas dan cantik?

Alhamdulillah, baru-baru ini terjumpa sebuah buku bertajuk Melatih Kanak-kanak Menulis oleh Dr Surayah Zaidon dan Siti Rasyiqah Munirah Rejab yang diterbitkan oleh ABS. Saya terus tertarik membelinya.






Buku ini bersaiz besar dan mengandungi dua bahagian.

Bahagian 1 mengandungi topik Tulisan dan Kanak-kanak.



* Kepentingan tulisan
* Perkara yang mempengaruhi  tulisan
* Kemahiran tulisan kanak-kanak mengikut umur
* Peringkat-peringkat dalam tulisan kanak-kanak
* Peringkat awal tulis
* Peringkat tulisan 
* Cara mengajar tulisan
* Kesilapan tulisan yang sering ditemui dan cara memperbaikinya



Bahagian 2 mengandungi Contoh-contoh aktiviti.

* Contoh aktiviti mewarna - menggunakan pensel warna /krayon / warna air
* Mewarna menggunakan finger paint
* Contoh aktiviti melukis / melakar
* Contoh aktiviti menggunting
* Contoh aktiviti menampal dan mengoyak
* Menyusun dan menampal dari atas ke bawah
* Susun dari kiri ke kanan
* Contoh aktiviti melipat
* Contoh aktiviti menguntai
* Contoh lain-lain aktiviti







Setiap satu dikupas dengan baik dan diberi contoh supaya kita mudah faham dan dapat aplikasikan kepada anak-anak. Peringkat umur tertentu mempunyai aktiviti yang berbeza meskipun kita boleh memberi bentuk yang hampir sama kepada anak-anak kita yang berlainan usia.

Saya tertarik pada bahagian memperkenalkan kemahiran menggunting kepada anak. Saya akui saya antara ibu yang takut memperkenalkan gunting kepada anak. Rupanya seawal usia 2 tahun sudah boleh mengajar anak kemahiran menggunting. Pastikan gunting yang digunakan bersaiz kecil, ringan, diperbuat daripada plastik, hujung tidak tajam dan digunakan untuk menggunting kertas sahaja.




Begitu juga dengan usia 2 hingga 4 tahun. Cuma gunting yang diberi boleh diperbuat daripada plastik atau besi. Manakala pada usia 4 hingga 6 tahun gunting yang digunakan boleh bersaiz sederhana besar, diperbuat daripada besi dan boleh digunakan untuk menggunting kertas / kain.



************************

Harga buku RM45.00. Kos penghantaran pos laju Semenanjung ialah RM14.00, Pos laju ke Sabah RM22.00 dan ke Sarawak RM19.00. Berminat, boleh hubungi saya seperti maklumat di bawah. Terima kasih :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

1 ulasan: