Koleksi bacaan kanak-kanak dan umum Aulad Read & Play |
Buku bergambar kanak-kanak atau Picture Book bukan sekadar sebuah buku biasa untuk anak-anak. Buku bergambar kanak-kanak membuka minda anak dengan lebih luas.
Seawal usia bayi sudah boleh dibacakan buku bergambar untuk anak-anak. Ada bahan bacaan yang sesuai dengan peringkat umur anak-anak kita.
Misalnya, bagi bayi yang baru lahir, buku yang dibacakan seeloknya berwarna hitam dan putih sahaja bagi merangsang mata bayi untuk lebih peka.
Misalnya, bagi bayi yang baru lahir, buku yang dibacakan seeloknya berwarna hitam dan putih sahaja bagi merangsang mata bayi untuk lebih peka.
Ada beberapa jenis buku bergambar seperti :
📚 Buku cerita
📚 Buku informatif kreatif
📚 Buru berima / puisi (rhyme)
📚 Buku 3D (Novelty books)
📚 Buku bersiri
Kepentingan buku bergambar kanak-kanak
1. Buku bergambar kanak-kanak ini membantu anak berimaginasi.
Mereka cuba meneka apa yang akan berlaku pada muka surat sebelah ;)
Mereka cuba meneka apa yang akan berlaku pada muka surat sebelah ;)
2. Gabungan antara teks dengan gambar adalah partner yang terbaik! Anak-anak akan mengaitkan perkataan yang dilihat, dibaca atau didengari dengan gambar.
3. Buku bergambar kanak-kanak yang mempunyai ciri interaktif, watak yang funny atau penyayang, ilustrasi yang berwarna-warni antara sebab menjadikan buku ini diminati oleh anak-anak.
4. Dengan membaca buku bergambar, anak-anak sebenarnya sedang belajar konsep membaca buku.
5. Buku yang baik ialah buku yang menyebabkan anak mahu membacanya berkali-kali tanpa jemu! Anak suka mendengarnya melalui penceritaan ibu bapa atau guru kerana mereka membina pelbagai persepsi dan cerita di dalam minda.
6. Buku bergambar kanak-kanak melatih kanak-kanak menjadi pendengar yang baik, merangsang visual mereka dan menggalakkan mereka menghubungkait antara apa yang mereka lihat atau baca dengan sesuatu sebab.
7. Buku kanak-kanak bergambar membantu menerangkan konsep yang kompleks.
Contohnya melihat watak mengatasi masalah dengan baik, mengurus emosi dengan betul dan bersyukur kepada tuhan.
5-Minutes Bedtime Reminders |
Selamat membaca!
#ejenAuladReadPlay
#Readaloud
#readtoourchild
#bermuladarirumah
#raisingreaders
#parentingtipbyTHUA
#BuatYa
#Readaloud
#readtoourchild
#bermuladarirumah
#raisingreaders
#parentingtipbyTHUA
#BuatYa
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan