Kraf butang
Alhamdulillah terjumpa satu beg plastik butang. Lama saya mencari. Itulah, sorok lagi dari anak-anak. Setahun baru jumpa semula! Ish..ish..
Sebelum anak-anak tantrum, marilah ajak mereka membuat sesuatu dengan butang ini. Sempat terfikir untuk buat ini sahaja. Alhamdulillah.
Bahan :
* Kertas
* Pensel warna / krayon
* Gam
* Butang
Cara-cara :
Tunjuk ajar cara melukis. Beri idea.
Tetapkan tema atau bebas. Gamkan.
Anak warnakan latar.
Siap.
Nampak mudah, kan?
Saya suka memerhatikan tingkah laku mereka semasa membuat aktiviti ini. Nampaknya mereka :
# Bersungguh-sungguh melukis dan mewarna
# Mungkin kerana ada persaingan sihat (ada sepupu balik kampung dan main sekali)
# Bekerjasama. Masing-masing dengan baik hatinya beri idea, lontarkan kritikan membina, tunjuk ajar pada yang tak tahu, bantu asahkan pensel atau padamkan garisan yang tak kena.
Allahu.. dalam hati saya berkata, tulusnya dunia kanak-kanak. Kita yang dewasa ini banyak sangat PHD T____T
Fateh, anak buah umur 4 tahun |
Ini ummi buat. Nak bagi idea pada anak-anak |
Fateh - ikan dalam laut |
Selamat bercuti.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan