Main baling getah
Sebenarnya tak tahu nak letak nama apa. Masih berkisar idea dari buku Mama Q bertajuk "Bonding Time" Bersama Si Cilik (Saya akan ulas dalam entri yang lain insya Allah).
Objektif permainan ini :
* Beri keseronokan bermain dan belajar
* Belajar warna
* Belajar untuk fokus dan ketepatan
* Menggalakkan anak membaca
Bahan :
Getah barang
Kertas A4 (ada saiz lebih besar pun seronok)
Crayon / pensel warna
Cara :
- Lukiskan bulatan berwarna.
- Tuliskan perkataan pada kertas berasingan,
- Agak-agak sahaja jarak anak dengan kertas bulatan berwarna.
- Anak baling getah dan pastikan kena pada bulatan berwarna. Cubaan terhad 3 kali sahaja. Misalnya terkena warna merah, maka pilih perkataan dari sama warna.
- Begitulah hingga habis baca semua perkataan.
Cubaan membaling entah kali keberapa ;) |
Template yang saya buat |
Boleh sahaja jadi pertandingan antara anak-anak siapa paling banyak dan tepat balingannya.
Create your own way.
Selamat beraktiviti!
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan