Alhamdulillah seminggu lalu kami dapat ke perpustakaan negeri memulangkan buku pinjaman. Lewat beberapa hari, kena dendalah jawabnya😅
Pertama kali tertinggal buku. Mujur pustakawan di kaunter membantu. Beliau menerangkan bahawa bayar denda dahulu dan buku akan disambung tarikh pinjaman.
Alhamdulillah, dapat juga pinjam buku.
![]() |
Pinjaman kali ini. Tarikh pulang pada 19 Julai 2018 |
Kami tiba dalam pukul 1 tengahari. Kami sahaja yang ada di situ. Seronok betullah anak-anak bermain dan mencari buku. Sampai rambang mata dibuatnya.
Saya tinggalkan sebentar si kecil dengan rakan saya sementara saya bergegas ke tingkat 1 untuk meminjam buku.
Setibanya di rak, banyaknya buku baru yang baru disusun! Aduhai, dalam hati berkira-kira. Saya terus mohon jadi peminjam berbayar. Peminjam berbayar boleh pinjam 8 buah buku selama 3 minggu. Ya Allah, tersengih-sengih dapat bawa pulang 6 buah buku.
![]() |
Pinjaman saya. Buku paling bawah pinjam di perpustakaan kanak-kanak menggunakan kad anak |
Hakikatnya, sudah seminggu berlalu saya baru usik sebuah buku. Sebabnya berhari-hari bacakan anak-anak buku yang mereka pinjam! Ini jika masuk dalam #iRead2018 boleh jadi berpuluh-puluh buku dibaca 😂
Sekian bebelan hari ini.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan