Terima kasih Kak
Tee, cikgu-cikgu bengkel penulisan, abang-abang designer dan team yang berusaha
merealisasikan hasrat anak-anak ini.
Kak Khaulah dengan
buku keduanya bertajuk Kembara Setem. Berkisar hobi mengumpul setem. Dia baru
sahaja mula mengumpul setem tahun lepas. Jadi Khaulah masukkan sedikit info
bagaimana mengumpul setem. Buku pertamanya tahun lepas dengan tajuk 10,000 Langkah bercerita tentang berjoging dengan abi di Taman Botanikal Ayer Keroh. Ada banyak nama pokok yang pelik-pelik tetapi punyai manfaat sendiri.
Abang ngah dengan
buku Haziq Pemanah Cilik. Pengalamannya menghadiri bengkel memanah tahun lepas
diceritakan kembali dalam bentuk fiksyen. Disertakan cara memanah dan kisah sahabat nabi yang handal memanah. Siapakah beliau? Apakah keistimewaannya?
Kak Teh dengan
tajuk Sehari di Dusun Datuk. Menarik pengalaman Hanan mengikut datuk ke Dusun.
Datuk kongsikan sedikit sebanyak tip pertanian juga info menarik yang jarang orang tahu.
Nak jadikan
ceritanya, semasa anak-anak sedang mengikuti bengkel penulisan ini secara atas
talian, kami sedang bermusafir. Memang penat nak lihat seorang demi seorang
siapkan kesemua 19 keping storyline (ke story board? Lupa dah istilahnya).
Mana nak betulkan
ayat, tatabahasa, melukis lagi. Sampai ada yang berguling-guling atas lantai
sebab tension nak bina ayat yang cantik dan tak datang idea melukis.
Bertabahlah anak-anak. Jadi mereka dah rasa jugalah bila Umi pun kena hadap
manuskrip Umi sendiri. Haha.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan