Halaman

Khamis, 25 Januari 2018

Sains - Badan Saya dan dalil Al-Quran


Sains - Topik 'wajib' 😉 Badan Saya.

Jika mampu, cari kertas mahjong atau kotak terpakai, bentangkan, minta anak baring dan kita mula lukis bentuk badan anak. 

 Lukiskan bahagian-bahagian badan dan perkenalkannya satu-persatu. Jika lukis organ dalam badan pun ok. Canggih sikit 😉

Aktiviti ini pernah kami lakukan dahulu jadi hari ini kami buat aktiviti lain.

Kami cuba pendekatan lain untuk ajar Badan Saya. 

Tahu tak? Allah ada sebut pasal anggota badan dalam al-Quran?

Siapa tahu ayat apa?

Nak tak kita baca apa Allah cakap?
++++

Baik, saya hanya sebutkan beberapa ayat yang dijumpai. Antaranya Surah Al-Balad ayat 8-9 (mata, lidah dan bibir), Surah An-Nahl ayat 78 (perut, pendengaran dan penglihatan)

Ada banyak lagi seperti dalam buku Ayat-ayat Allah Pada Tubuh Manusia. Buku ini tiada di rumah jadi lain waktu akan dirujuk semula insya Allah.

Semasa saya membacakan ayat Quran dan terjemahannya, anak-anak sebenarnya tidak begitu fokus. Mereka seronok bergurau-senda di sebalik kerusi dan bidai di rumah 😅 

Namun, apabila ditanya, boleh pula dijawabnya 😂

Ada banyak juga pertanyaan mereka usai dibacakan ayat-ayat Quran ini.

Ummi, Allah makan tak?
Allah ada mulut?
Allah duduk kat mana?
Kat syurga ada Allah ke?
Boleh ke kita jumpa Allah? - Kita kena mati dulu kan sebelum jumpa Allah?

Ho ho...boleh kumpul buat buku pertanyaan anak-anak ini 😌

Teringat perkongsian Pn Khadijah Gani di dalam bukunya Bukan Sekadar Homeschooling, katakan bahawa Allah tak sama macam manusia. Ulang-ulang kata kunci ini. Insya Allah, anak-anak akan mula terima dan faham.

Sumber gambar : Telaga Biru

Betulkan akidah mereka sejak dari awal. Jadi ibu ayah perlu ada ilmu sebelum menjawab pertanyaan anak. Jangan biarkan tanpa jawapan atau suruh anak berhenti bertanya. Ia akan membantutkan perkembangan mereka.


Jom kita usaha dan belajar sama-sama. 

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan