Rabu, 28 Februari 2018

Aktiviti mengenal hijaiyah


Sesekali buat aktiviti dengan si kecil Naurah. Anak murid paling muda di Kelas Mengaji kami. Ada waktu saya sempat duduk bersamanya, waktu lain Naurah akan membaca iqra' pula.

Aktiviti ringkas dalam 10 - 15 minit sahaja. Jadi banyak guna pensel dan kertas. Aktiviti lain insya Allah. 

Ya Allah, berikan keberkatan waktu dan terangilah hati anak-anak ini menerima pelajaran. Amin..

Sumber gambar : koleksi peribadi.








Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 27 Februari 2018

Pilihan buku minggu ini #kelasmengaji


Sumber gambar : koleksi peribadi

Pilihan untuk kotak buku sejak Khamis lepas. Belum tukar sebab lihat ada anak-anak yang masih mahu habiskan bacaan.

Sudah dapat kesan beberapa orang yang memang minat membaca.

Yang lain, ada yang tak sentuh pun kotak ini 😆 Adik-adik pula suka ambil board book, belum pandai baca tapi suka melihat gambar yang colourful. 

Nak buat aktiviti dengan buku-buku ini masih belum sempat 😥 Kita sibuk ajar mengaji, hanya harapkan kakak abang yang dah besar pantau adik-adik.

Insya Allah. Akan datang.

#kelasmengaji
#BaitulFatimah

Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 25 Februari 2018

Daurah Hadis oleh Dr Umar Muhammad Noor



Alhamdulillah berjalan lancar program yang dirancang sejak awal tahun ini.

Daurah Hadis di Pusat Pengajian Darul Sunnah, Kampung Bukit Pegoh, Melaka dengan kerjasama Masjid Al-Wathani, Kampung Bukit Pegoh, Melaka.

Kehadiran hampir 200 peserta termasuk 40 murid dari maahad tahfiz berdekatan memakmurkan lagi majlis ilmu di sini.


Penghargaan diberikan kepada barisan jawatankuasa, barisan anak muda kampung dan anak-anak remaja dari kelas mengaji yang turut menyumbang tenaga memastikan kelancaran program.

Kitab yang digunakan ialah Kitab 40 Hadith Qudsi oleh Sheikh Mulla Ali Al-Qari.

Daurah dimulakan jam 9.15pagi sehingga 3.15 petang. Respon hadirin juga baik dan semoga semua mendapat manfaat dari program ini.

Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 24 Februari 2018

Bacaan Januari

Apabila membaca lebih laju dari membuat ulasan buku 😅 Kononnya.

Saya tidak sempat kemas kini ulasan buku di sini. Sebab itu sebahagiannya sudah diletak di Facebook.

Bulan Januari lalu, ada 11 buah buku yang dapat dibaca habis. Sebahagian besarnya sudah saya reviu di sini dan Facebook.

1. Di Bawah Pohon Hawthorn
2. Bila dan Di Mana
3. Komik Sayang Abi
4. Supermama
5. Ibunda Para Ulama
6. Lihat Langit
7. Budak Sekolah ; No. 1
8. Man Jadda Wajadda 3
9. Gaya Hidup Organik
10. Cef Pastri Junior
11. Bosou

Cabaran terbesar saya ialah telefon pintar. Patutnya tuan telefon lebih pintar dari telefon pintar, kan? 🙈

Kita tengok nanti bacaan Februari.

Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Mengajar anak menulis dengan ABC Book Wow!


Antara kesilapan saya semasa anak kecil ialah tidak memberi pendedahan kepada kemahiran menulis. Kini anak sulung sudah berusia 7 tahun tetapi tulisannya masih perlu diperbaiki dan diperkemaskan.

Tambahan lagi apabila membuat pembacaan mengenai kemahiran menulis, ada banyak jalan untuk mengajar anak-anak menulis.

Ia bukan terhad kepada menulis di atas kertas dan buku tetapi ada banyak lagi rangsangan belajar menulis untuk anak-anak. Boleh baca ulasan saya tentang buku Melatih Kanak-kanak Menulis. Panduan yang sangat bermanfaat.

Untuk kali ini saya suka untuk berkongsi penggunaan ABC Book Wow.

Anak-anak saya yang kedua dan ketiga berusia 5+ tahun dan 3+ tahun. Kedua-duanya aktif dan berminat untuk mengikut apa yang kakak buat.

Sementara kakak membuat kerja, saya mengambil peluang mengalih perhatian anak-anak lain dengan mengajar mereka menulis pada ABC Book Wow.


Buku ini bersaiz besar dengan ketebalan seperti kad dan paling penting ianya berwarna penuh. Ciri-ciri lain yang saya suka ialah :

✔ Menggunakan gambar contoh yang 'real' seperti gambar buah oren, coklat, api dan bola.
✔ 26 halaman yang boleh ditulis dan dipadam berulang kali.
✔ Huruf yang bersaiz besar dan tidak terlalu banyak ulangan huruf yang perlu disurih.
✔ Bonus : anak dapat belajar nombor kerana ada disediakan pada setiap muka surat.
✔ Membantu anak fokus dan leka menulis.
✔ Membantu perkembangan bahasa anak apbila mereka melihat dan menyebut objek yang betul.
✔ Boleh dibawa travel atau sebagai kit aktiviti anak semasa menunggu (di klinik, pasaraya, dalam kereta)

Oh ya, buku ini datang bersama sebatang pen marker magik percuma.


Banyak betul kelebihannya, kan? Paling saya tidak sangka, anak lelaki saya berminat untuk buat aktiviti ini secara sukarela. Masya Allah.



Begitu juga dengan si kecil Kak Cik Asma', bersungguh menyurih huruf :


Seronok juga apabila sepupu-sepupu mereka yang pulang ke kampung turut sama 'join' menulis menggunakan buku ABC Book Wow ini.

Uwais, 4 tahun
Baik, saya kongsikan beberapa keping gambar lagi tentang ABC Book Wow :

Nampak tak, ABC Book Wow boleh 'combine' dengan aktiviti playdoh. Nanti akan dikongsikan kemudian.



=============

Iklan sekejap.

Berminat untuk dapatkan buku ini? Boleh hubungi nombor tertera di hujung entri ya. 



Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.con
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak


Jumaat, 23 Februari 2018

Adab dan ilmu


Bersama anak-anak kelas mengaji setiap petang, selalu berfikir, adakah saya guru yang baik?

Memang fitrahnya anak-anak ini suka bermain tetapi mereka harus belajar adab sebelum menuntut ilmu.

Gambar hiasan
Adab dengan guru, adab dengan rakan, adab menuntut ilmu, adab mendengar kuliah dan sebagainya.

Saya tidak nafikan anak-anak berusia 7 tahun ke bawah ini. Belum matang, belum dapat memahami arahan, belum tahu peraturan sangat.

Tetapi jika sudah berusia 14,15 tahun, itu sudah kategori lain.

Awal-awal memang beri nasihat dalam nada biasa. Tetapi sesekali tertanya tentang solat, masih ada yang culas solat subuh dan solat wajib yang lain!

Sedih.

Tetapi mereka berani mengaku. Tidak menipu. Masih boleh dipuji bab jujur. Tetapi orang yang tidak solat dengan sengaja hukumnya...?

Maka hari-harilah mengulang skrip memberi nasihat.

Ada hari memang jadi Mak Singa 😥 Tak boleh tahan.

Apa daya cikgu kelas mengaji? Kita hanya berada sejam dua sahaja dengan mereka. Kebanyakan masa lagi mereka berada di rumah dan di luar.

Sesekali diturutkan juga membuat program untuk mereka. Biar suasana yang baik itu memberi kebaikan buat mereka. Mudah-mudahan.

Doakan ya.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.con
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 22 Februari 2018

Filem Thread Of Lies


Sejujurnya sudah lama tidak menonton filem atau drama sehingga habis.

Semalam ternampak Mak Iti muat naik status mengenai filem Thread Of Lies ini. Terus menekan pautan mencari cerita tersebut.

Sumber gambar : sini

Ia kisah tentang impak buli ke atas seorang anak remaja perempuan yang mengalami tekanan (depression) sehingga membunuh diri.

Berdebar betul ketika mahu menonton cerita. Janganlah ada unsur kejutan. Saya jenis yang mudah terkesan dan simpan di dalam hati. Sebab itu tidak suka menonton cerita yang suspense.

Filem ini dimulakan dengan kisah sebuah keluarga yang terdiri daripada seorang ibu tunggal dan dua anak perempuan.

Anak bongsunya meninggal dunia kerana membunuh diri. Keluarga ini berpindah rumah ke kediaman baharu. 

Selain ibu, si kakak turut terkesan dengan pemergian adiknya secara tiba-tiba tanpa pesan. Namun, jauh sebelum mereka menyedari, sebenarnya si adik ini telah meninggalkan 5 mesej tersembunyi di dalam setiap benang kaitnya yang berwarna merah.

Tiada seorang pun menyedari bahawa si bongsu ini dibuli di sekolah dan mengalami tekanan emosi yang tinggi. Ibu yang terpaksa kuat bekerja sehingga terabai emosi anak, si kakak yang ceria sehingga tidak perasan masalah yang dihadapi oleh si adik, kawan-kawan yang bersifat pentingkan diri sendiri, tidak mengambil berat akan kawan yang sebegini.

Ya Allah, meruntun jiwa.

Lantas, saya terbayang anak-anak sendiri.

Adakah anak-anak saya ada tekanan? 
(Nauzubillah)
Bagaimana saya sebagai ibu bapa dapat mengelakkan masalah ini daripada berlaku?
Apa peranan saya membentuk anak yang positif?
Apakah pendekatan yang dapat diaplikasikan kepada anak-anak dalam membina jati diri yang kukuh?

Allahu Allah. Senarai soalan yang berterusan.

Ya Allah, jadikan daku ibu yang solehah, penyabar dan penyayang kepada anak-anak. Kukuhkan kesabaran dan terangkan hati anak-anakku dan rakan-rakannya. Amin.

Berbalik kepada filem ini.

Tanpa sengaja (dan akhirnya menjadi tanggungjawab) si kakak, mula mencari sebab mengapa adiknya boleh nekad membunuh diri.

Bermula dengan menyiasat rakan rapat adiknya, jiran sebelah rumah, rakan sekelas dan mencari nota tersembunyi di dalam gulungan benang sulam (ibunya yang terjumpa tanpa sengaja).

Pesalah utama ialah seorang rakan sekelas yang menganggap dirinya sebagai "rakan baik" si adik. Dia membuli secara emosi dan bertindak seolah-olah tiada rasa bersalah kerana tahu si adik tidak membalas semula.

Dia memaksa dalam baik, mengejek, menabur fitnah dan merendah-rendahkan si adik. Mujur juga pada waktu yang lain, si adik sempat berkawan dengan seorang budak lelaki yang membuatkan dia senang berbicara tentang situasi yang dialami. Budak lelaki ini bukanlah kekasihnya tetapi seseorang yang dikenali semasa berada di perpustakaan.

Lalu, apabila dicantum kesemua "jigsaw puzzle" ini, dapatlah si kakak menemui jawapan dan akhirnya kepada si pembuli itu, si kakak menasihatkannya supaya tidak terus mencari "mangsa" untuk dimanipulasi dan paling penting janganlah memilih jalan yang adiknya pilih.

Si pembuli sebenarnya seorang budak yang tertekan dengan keluarga yang sibuk dan tidak mahu berpindah daripada tempat tinggal sekarang. Dia bosan dan mahu segera pergi dari situ. Apakan daya, keluarganya sudah membuka sebuah restoran yang stabil di kawasan tersebut.

Saya bukan pengulas yang baik. Sebab tidak semua dapat saya kupas. Bagi yang berkesempatan menonton, boleh lihat filem ini.


Semoga kesedaran tentang isu ini semakin meningkat. Dan, didiklah anak-anak kita mengikut sunnah dan secara positif. Jangan nafikan perasaan mereka.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.con
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 20 Februari 2018

Ulasan buku : Cef Pastri Junior



Saya suka penulis Hayati Hanif ini. Semua ceritanya smooth sahaja. Suka dengan susunan ayat dan mesej cerita yang ditulis. Meskipun buku untuk kanak-kanak. Namun saya suka baca untuk ambil tahu point yang bagus untuk bacaan anak-anak.

Alhamdulillah, saya syorkan anak-anak untuk membacanya. Setiap cerita pasti ditimbulkan konflik dan cara penyelesaiannya penting. Secara tidak langsung memberi pengetahuan baru untuk pembaca cilik.

Aina anak seorang Cef Pastri yang sangat gemar makan kek coklat. Malang sekali dia malas belajar, malas ke sekolah dan malas membantu ibu ayah.

Satu ketika, dia didenda membantu di kedai bakeri ayahnya kerana gagal dalam peperiksaan.

Rupa-rupanya, kedai bakeri ayah Aina sangat terkenal dan ada beberapa jenis kek / roti yang mendapat permintaan tinggi.

Roti kuat, kek gembira,.... orang yang memakannga akan rasa lebih kuat, bertenaga dan gembira selepas memakannya. Bagaimana ayah buat makanan ini? Apa rahsianya?

Saya sendiri teruja mahu tahu sehingga di akhir bab, segala misteri terungkai 😍

Buku 10 / 2018

#iRead2018
#readingchallenge

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 17 Februari 2018

Ulasan buku : Gaya Hidup Organik Sehat Tanpa Mahal


Ini e-buku yang dipinjam dari laman sesawang PNM.

Buku ini memberi contoh gaya hidup organik yang boleh kita amalkan. Bermula dengan amalan yang biasa kita buat seperti banyakkan senyum, meminum air masak sejurus bangun dari tidur, memilih bahan segar untuk memasak dan menyediakan makanan dan lain-lain.

Terdapat juga panduan mengurus bahan di dapur, memilih air minuman yang elok selain mengelakkan diri menyumbang kepada pencemaran di dunia.

Ada detail tentang bahan pewarna di dalam makanan dan minuman. Jadi ini satu panduan yang baik untuk kita belajar membaca label makanan. Baca sebelum beli!

Bonus, beberapa buah resipi mudah dibuat di dapur anda. Makanan yang sihat, seimbang dan memberi kebaikan.

Buku 9 / 2018

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rabu, 14 Februari 2018

Ulasan buku : Man Jadda Wa Jadda 3

Orang yang merantau memang harus memiliki jiwa yang kuat, penyabar dan cekal. Bukan mudah hidup di tempat lain yang luar dadi kebiasaan kita di tanah kelahiran.

Buku ini menghimpunkan penulisan beberapa orang anak perantau Indonesia ke seluruh dunia dalam bentuk travelog.

Ada yang menyambung pelajaran, ada yang bekerja dan ada yang mengikut suami bertugas di luar negara.

Mereka berkongsi panduan, tip dan pengalaman meneruskan legasi hidup di luar. Satu usaha yang dipuji kerana saya kira ia turut memberi suntikan motivasi buat pembaca. Semoga kebaikan buat mereka.

Saya hadapi sedikit masalah semasa membaca buku ini. Bahasa Indonesianya sukar saya fahami. Saya tiada kamus bahasa Indonesia maka kebanyakan waktu bergantung kepada Google Translate dan menebak makna perkataan berdasarkan ayat 😉

* Ini e-buku yang dipinjam dari laman sesawang Perpustakaan Negara Malaysia.

Buku 8 / 2018

#iRead2018
#readingchallenge

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 13 Februari 2018

Ragam Si Kecil


Menginjak ke usia 1 tahun 3 bulan, sudah banyak perkembangan yang dapat dilihat pada si kecil Abdurrahman 'Arefee ini.

Selain dah mula pandai meniru, dia juga suka mengusik kak cik Asma'. Mentang-mentanglah kak cik ni kecil dan tak pandai 'melawan'.

Baru-baru ini pandai berlakon pula 😂 Macam-macam.

Sejak mengendalikan kelas mengaji di tempat baru, semua anak akan berada sekali dengan saya sepanjang kelas dijalankan. Jadi si kecil ini suka berdiri dan memegang telinga sebab setiap hari lihat abang (anak murid kelas mengaji) melaungkan azan Maghrib.

Akhir-akhir ini, tertarik pula dengan mikrofon 😅Pantang abi pegang mikrofon di hadapan, dia sudah mengatur langkah ke sebelah abi.




Apa sahajalah nakk..asalkan tak ganggu abi bercakap 😆Moga jadi hamba Allah yang soleh. Amin..

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 12 Februari 2018

Buku cerita bahasa Arab


Gambar : koleksi peribadi

Jarang sekali dapat membuat buku cerita untuk anak-anak sehingga siap. Biasanya hanya mampu separuh jalan sebab saya akan 'kalah' dengan bab melukis dan mewarna. 

Bukankah boleh cetak sahaja? Ya. Tapi tak semua gambar yang kita mahu ada 😃

Kebanyakan perkataan yang digunakan dalam buku ini telah dipelajari sepanjang empat minggu sesi pembelajaran bahasa Arab dimulakan. Minggu kelima dan keenam hampir tiada kemajuan kerana anak-anak silih berganti kurang sihat.

Mudah-mudahan kami dapat semula momentum pada minggu ketujuh ini.

Buku cerita ini masih belum ada tajuk 😅 Idea asal tercetus selepas kami pulang dari pusat membeli-belah. Dan spontan membuat ayat mudah dari perkataan bahasa Arab yang telah dipelajari.

Seronok pula bila disambung-sambung sehingga menjadi sebuah buku cerita. Masya Allah.

Saya menggunakan kad putih yang dibeli dalam sebuah 'group buy' tahun lalu. Kadnya tebal seperti kad kotak bijirin. Bahagian hadapan berwarna putih dan bahagian belakang berwarna kelabu (warna asal kad imbas ini). 

Sengaja beli saiz 10 x 10 inci kerana sesuai dibuat buku cerita untuk anak kecil. 

Terasa nak buat video anak-anak guna / baca buku ni tetapi entah bila ya? 😅 

Gambar penuh buku akan dibuat dalam entri yang lain insya Allah.

Eh, ada yang baca ke? 🙊

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 10 Februari 2018

Drawing Kit Template


Alhamdulillah, senyum lebar hari ini dapat mesej dari Ummu Fateh. Awal bulan ini, Drawing Kit Template sudah pun bertemu tuannya yang baru 😊

Subhanallah. Seronok dia mewarna! Ralit dibuatnya.

Best drawing kit ini sebab ia datang dengan kotak khas. Kemudian, isi kandungannya juga banyak, berbaloi sangat buat aktiviti tambahan anak-anak di masa lapang.


Jadi ia memang sesuai dijadikan sebagai hadiah hari lahir anak-anak.

Dengan kotak khas ini juga, mudah untuk dibawa ke mana-mana. Mudah. Lepas main, mewarna dan melukis, kumpulkan semua semula dalam box.

Dengan buku mini panduan mewarna tu, habis Fateh rujuk dan warna ikut kesukaan dia. Dia memang fokus orangnya. Tengok gambar ni pun dah tahu 😉

Tengok ni. Bersusun! Banyak juga dia dah buat. Kad kayu ni ada 56 keping. Saiznya 8 x 8 cm. Dan istimewanya boleh dibuka (ditanggalkan) dari template asal.


Nak buat apa dengan template yang dah "rongak" tu?


Ha.. mestilah ada kegunaannya. Boleh buat stencil pula 😊👍 Ini pun seronok! Anak boleh lakar pada buku nota yang dibekalkan dalam kit ini atau berkreativiti atas kertas lain.

Tengok, siap ada yang buat buku cerita lagi 😍


Ya kan. Keinginan anak boleh kita pandu arah supaya lebih optimum hasilnya.

Anak gembira, ibu bahagia 💓

Ok. Jom tinjau apa lagi kelebihan Drawing Kit Template ini :
.
📦 Didatangkan dalam box comel bersaiz 23.5x17x10cm
🖼 56 kad kayu pelbagai corak berukuran 8x8cm

Corak kad yang ada:
🏡 My House & Nature
🐧 Animal
🍉 Fruits and Vege
🚗 Transportation
👫 People

🖍12 batang color marker pen
✏1 Pemadam, 1 Pengasah, 1 Pensil
📜 1 Drawing Template Boook Guide


Harganya ialah RM49.00
Kos pos (semenanjung) : RM9.00
Kos pos (Sabah Sarawak) : RM15.00

Berminat? Boleh hubungi saya :


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 9 Februari 2018

Siri Sayang Nabi - pilihan menarik untuk anak 5 tahun ke atas



Alhamdulillah, akhirnya masuk juga stok buku Siri Sayang Nabi ini. Buku ini adalah terbitan Ana Muslim yang memang terkenal dengan "niche" buku yang comel dan menarik untuk anak kecil.

Buku yang ditulis oleh Saadah Taib dan dilukis oleh Shazana Rosli mempunyai 8 tajuk seperti dalam gambar :


Bukunya berwarna penuh dan berkonsepkan "2 in 1". Buku cerita dan buku aktiviti.

Ciri-ciri lain buku ini :

🐱Saiz buku : 7.5 x 10.0 inci
🐱 16 muka surat

Harga bagi 1 set (termasuk kos pos) ialah RM50 (Semenanjung Malaysia) dan RM55 (Sabah Sarawak).

Jom lihat antara isi kandungannya :




Selamat membaca.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015