Khamis, 3 September 2015

Lapbook : Surah Al-'Adiyat



                                           

Alhamdulillah, setelah sekian lama, baru saya berkesempatan menyediakan lapbook untuk pembelajaran anak . Sebelum itu, apa itu lapbook?






Lapbook bagi saya ialah satu buku / projek kecil bertema yang merangkumi pelbagai isu dalam sesuatu topik, mengandungi pelbagai bahan seperti buku mini, gambar, gambar rajah, lipatan kertas, tulisan dan sebagainya.

Percayalah, ia sangat menarik untuk pembelajaran anak-anak! Kebiasaannya saya hanya menggunakan kad manila yang dipotong kepada saiz kertas A4 tetapi jika mahu tahan lama mungkin boleh guna material kotak terpakai, laminate kertas atau fail yang digunakan atau selotep seluruh permukaan kad manila.

Belum dapat bayangan?

Jom tengok lapbook di bawah.



Tema Lapbook : Surah Al-'Adiyat

Tujuan saya membina lapbook ini selaras dengan anak-anak yang sedang menghafaz Surah Al-'Adiyat. Bagi meningkatkan motivasi menghafaznya, Allah ilhamkan untuk membuat lapbook bertemakan hisanun (kuda).

1) Al-awal, mari lihat Surah Al-'Adiyat dan terjemahannya :





2) Overview surah

Dalam bahagian ini, kita boleh bercerita dengan anak mengenai surah al-'Adiyat. Jika anak belum pandai menulis, ibu ayah tuliskan dan bacakan untuk anak.

Jika sudah pandai menulis, bimbing anak-anak menulis dengan betul.

3) Susunkan ayat 1 hingga 11 dengan tepat



4) Mengenali bahagian kuda




5) Mengenali jenis-jenis kuda di dunia

Ini bahagian yang menyeronokkan anak-anak. Mereka (dan saya juga!) baru tahu ada banyak jenis kuda di dunia dan subhanallah setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri. Hebatnya Allah yang menciptakan.





6) Pra tulis huruf H


7) Sambungkan titik (dot to dot numbering)



8) Susun nombor ikut urutan menaik dan menurun


9) Mewarna





10) Pra tulis huruf hijaiyah 'ha'




*** Sumber :

1. Pengenalan surah : Talibbdeen Jr
2. Mengenali bahagian kuda : www.thelearningpatio.com 
3. Pratulis : prekworksheet.com
4. Dot-to-dot kuda :
5. Lembaran matematik : www.mathworksheets4kids.com 
6. Mewarna : coloring-page.net

Semoga bermanfaat :)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

2 ulasan:

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015