Isnin, 26 November 2018

Cuti sekolah bermula


Installment group ini paling berbaloi saya rasa ;) Asalnya mahu main 5 orang. Saat akhir dapat 6 orang. 




Selepas 2 minggu menunggu pihak kurier hantar barang, alhamdulillah petang ini baru terima. Terima kasih pihak KTMD. Terbaik!

Petang tadi misi mengurangkan gajet, beri anak-anak ini membaca.



Rupanya Button Nail tu BEST! Ralitnya anak-anak main. Mujur tiada adegan berebut menangis-nangis. Hee. Saiznya BESAR sesuai amat dengan anak kecil 2 tahun ke atas. 



Anak belajar ambil giliran, sabar menunggu, mengecam warna dan memasukkan butang ke dalam lubang dengan betul. Seronok!

Tapi saya rasa kena pantau. Bimbang dibaling-baling butang itu. Haha.

Antara set yang dibeli ini :


Button Nail 10 template dengan 46 biji butang berwarna

Siri Seronoknya Membaca Set 2


Cuti sekolah yang happening kali ini.

Ahad, 18 November 2018

Anak dan perkembangan bahasa.


17 November 2018.

Ummi baru teringat nak senaraikan perkataan yang Abdurrahman 'Arefee boleh sebutkan. 

Kenapa nak senaraikan?

Sebab dalam semua anak ummi, ummi rasa si kecil inilah yang baru nak bercakap dengan betul di usia sudah melebihi 2 tahun.

2 hari ini nampak ringan mulut mengikut apa yang orang kata. Alhamdulillah gembira dengan perkembangan positif ini.

Nak 
Kakak
Allah
Adoi (aduh)
Amma' (Asma')
Abang
Abi
Mmi (ummi)
Atok
Nyang (Nek Nyang)
Cu (Mak Su, Pak Su)
Ku (buku)
Aju (baju)
Ce (baca)
Anak (tak nak)
Leh (Soleh)
Wais (Uwais)
Makan
Air
Ain (main)
Kok kok (ayam)
Moo (lembu)
Yaw (kucing)
De (kuda)
Te (kereta)
Tu
Ampu (lampu)
Aji (mengaji)
Pok (keropok)
Buka
Cu aaa (Nak susulah)
Bam (balm)

Ada lagi yang belum masuk senarai. Abi kata ummi kena banyak bercakap ni dengan adik. Ya kan. Insya Allah.

Sumber gambar : Telegram Let's Talk, Mommies!

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Perpustakaan Mini di masjid


Maghrib tadi, kami singgah solat di masjid airport (gelaran kami kepada Masjid Al-Hidayah, Batu Berendam, Melaka).

Sementara menunggu azan Maghrib, ternampak deretan majalah Solusi, Q&A dan al-Ustaz di rak buku. Wah, menariknya! Sebelum ini hanya ada koleksi bahan bacaan umum selain al-Quran dan Surah Yasin.

Ralit pula baca helai demi helai. Anak-anak pun jadi diam berteleku. Sama-sama baca majalah ini. Sedangkan di rumah ada juga tapi jarang capai untuk baca. Hee.

Anak ternampak peta ini. Ummi pun tepuk dahi. Sebab belum pernah perkenalkan atlas dunia dan negara Islam kepada anak-anak. Ok, lepas ini kita belajar ya? Insya Allah.


Tak sempat nak snap jawapan. Nanti kita cari Solusi 74 :-) Di rumah tak ada edisi ini. Ummi dah lama tak beli Majalah. 5 tahun pertama Solusi rajinlah ummi abi beli. Rasanya tanpa miss satu keluaran pun. 

Sudah jarang beli sebab ummi tak sempat habiskan bacaan. [Alasan sahaja, kan]. Hiks..

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rabu, 14 November 2018

Kompilasi Reviu Buku #10HariKembaraBukuBergambar



Cabaran untuk diri sendiri ini saya buat pada bulan lalu dan mendapat sambutan daripada beberapa rakan Facebook antaranya Pn Azliza Ramlee, Pn Azie Salwa, Pn Rafidah dan Pn Hifzaila.

Seronok baca reviu masing-masing. Buku pun sangat menarik. Alhamdulillah. Semua ibu hebat!

Di sini saya kongsikan link reviu 10 buah buku yang kami anak-beranak baca sepanjang cabaran :


Selamat membaca semua.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 13 November 2018

Koleksi buku Pearson


Sesekali apabila pembekal buku kemas kini buku terbaru. Teruja betul lihat! Menarik sekali apabila ada banyak buku dalam 1 siri.


35 buah buku dan 2 CD dalam satu set.

Ada Set A dan ada Set B. Tajuknya berlainan dan meraikan anak-anak yang baru mula membaca (early readers). 



Bahasanya mudah dan ada gambar (picture book).

Contoh gambar buku set B :




Harga bagi 1 set buku ini ialah RM75 termasuk kos pos Semenanjung. (Tambah RM3 untuk Sabah Sarawak).

Kenapa perlu berikan anak buku? Ini soalan yang pernah diajukan kepada saya.

Saya maklumi, persekitaran keluarga yang berbeza serta kedudukan ekonomi sesebuah keluarga mempunyai keutamaan masing-masing.

Bagi saya, pendedahan kepada pelbagai jenis buku akan menjadikan anak-anak ini lebih yakin diri, membina minda yang lebih luas dan lebih seronok dalam berinteraksi sosial dengan orang lain.

Selain menambah perbendaharaan kata, ia membina kepercayaan dan sistem nilai yang baik jika bahan bacaan yang dibaca adalah baik.

Wallahualam.

Aina Dayana Hilmi.

Ahad, 11 November 2018

11.11

Bismillahirrahmanirrahim.

Ada apa dengan 11.11? :-)
Sana sini baca status Facebook kawan-kawan alam maya. Semua ada jualan murah ya. Ada yang terjebak? Beli apa tu?

Kali ini tidak teringin langsung menjenguk semua platform itu. Sedar diri. Haha.

Menarik apabila membaca surah ke-11 dalam al-Quran dan ayat ke-11:


Jom terus tadabbur dan baca Al-Quran.

Sabtu, 10 November 2018

Tekanan darah

Bismillahirrahmanirrahim.

Sudah mula monitor tekanan darah setiap hari. Bukan apa, sekadar mahu simpan rekod. Bimbang pula kejadian tekanan darah tinggi tahun 2016 dahulu berulang lagi.

Semasa buat pemeriksaan kesihatan di klinik pada 2 November, tekanan darah 140/92. Tinggi! Tapi mulai 3 November, bacaan adalah normal sahaja :-) Alhamdulillah.

3/11 120/82
4/11 118/69
5/11 114/55
6/11 114/63
10/11 116/69

Selain senaman, perlu juga jaga pemakanan. Insya Allah.

Jumaat, 2 November 2018

Hari lahir si kecil



31 Oktober lepas ialah hari lahir anak keempat saya. Sudah 2 tahun umurnya. Dan dua tahun sebulan juga saya sudah kembali ke rumah (sebab dapat cuti sakit hampir sebulan sebelum bersalin).

Pada usia ini, dia baru nak mula bercakap. Baru nak dengar butir, orang kata. Tetapi sudah beberapa waktu menunjukkan minat terhadap buku selain sudah ikut pergerakan solat, alert dengan azan, selalu "menyanyi" doa khatam Quran, membaca "dengan bahasanya" Surah Ar-Rahman dan Al-Mulk.


Sesekali pandai berlakon dan buat lawak. Kalau bab lawak, abang ngah lebih juara lagi. Haha. Sejak kecil banyak aksi kelakar. Anak yang keempat ini lebih banyak memerhati.


Tiada sambutan hari lahir, tetapi adik-beradik pakat beri hadiah buku buat si kecil ini. Sebuah buku board book bertajuk Animal Snap. Ada kad kecil yang boleh dibuat main. Habis semua orang ditunjukkan buku itu - minta dibacakan.


Nampaknya sudah ada buku kegemaran yang baru buatnya :-)

Abdurrahman 'Arefee, moga jadi anak dan hamba Allah yang SOLEH. 

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 1 November 2018

Bersyukur masih ada mak dan ayah


Hari ini, anak-anak ke rumah emak sejak awal pagi. Ummi masih urusan spring cleaning. Si kecil ada bersama. Hmm.. rupanya bila kakak abang tak ada, lagi "melekat" dengan ummi. Huhu.

Waktu mood baik, oklah. Dia boleh main seorang. Tiba "angin" dia, nak menyusu sahaja. 

Tiba-tiba, ada orang ketuk pintu. Lihat jam, baru 8.30 pagi. Masya Allah, mak rupanya!

Datang hantar sarapan. Ya rabbi, bersyukurnya daku masih mempunyai mak ayah yang sihat dan kuat. Dah tua ni pun, mak masih ingat nak beri makanan :'(


Tadi dah sarapan, nampak ini, makan lagilah. Diet oh diet! ;)

Sumber gambar : sini
Ya Allah, nikmat-Mu yang manakah mahu didustakan lagi?

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015