Minggu lalu, semasa ke Kuala Lumpur menziarahi saudara-mara, kami menumpang tidur di rumah adik saya di Sentul. Sudah berjanji dengan anak-anak untuk bertemu sepupu-sepupu mereka. Lagipun dalam kawasan rumah mereka ada kolam renang, maka menunaikan hajat mereka mandi-manda di sana, Pagi Jumaat, adik dan suaminya pergi kerja, saya dan suami mengasuh 7 anak-anak di rumah. Hihi..
Ok, perancangan ke PNM ini baru sahaja diputuskan pagi itu. Ikutkan kami mahu terus balik Melaka pagi itu tapi mengenangkan PNM sudah dekat jejakkan kaki sekejap pun jadilah. Asyik ke PPAS dan Perpustakaan Negeri Melaka sahaja, kan? 😉
Baru sampai. Dalam 12.30 tengahari |
Bahagian dalam. Ada dua pasang ibu - anak sahaja semasa kami sampai. |
Ruang permainan komputer |
Rak buku board book dan pop up book |
Sesi membaca |
Alhamdulillah sampai juga ke sini. Tak ramai orang pun waktu begini. |
Apa pun, ia menjadi kenangan buat anak-anak ini. Dapat juga ke perpustakaan bersama-sama dan bermain bersama-sama. Semoga kamu semua membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin..
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan