Alhamdulillah, baru-baru ini terjumpa lebihan huruf yang dipotong suatu masa dahulu. Maka, kita buat aktiviti pre reading sahajalah hari ini.
Saya tuliskan nama masing-masing di atas kertas dan mereka cari sendiri huruf dan tampal.
Nota : pastikan mereka sudah mengenal huruf. Bagi anak yang belum mengenal huruf, bantu mereka cari dan minta mereka gam dan tampal sendiri. Ia juga satu proses pembelajaran. Insya Allah.
Tak sangka banyak perkara menarik tentang anak-anak ini yang dapat diperhatikan semasa aktiviti berlangsung.
Anak lelaki merungut : panjangnya nama ni haih,... bila nak siap ni, ummi.. (Namanya paling panjang antara kelima-lima orang tadi..hihi)
Padahal baru tampal huruf ketiga. Gara-gara menunggu giliran gam yang ada 1 sahaja 😁
Anak ketiga pula siap awal. Tapi masih sibuk mencari huruf dan "nak gam..nak gam.." Saya hairan. Rupa-rupanya dia mahu tampal nama lagi seperti abang kakak yang lain. Nak buat macam mana, sudah namanya 1 perkataan sahaja > Asma' 😆
Semoga bermanfaat.
Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan