Jumaat, 29 September 2017

Zaman kecil dahulu...


Semakin meningkat usia ini, selalu benar imbau kenangan silam. Petang tadi, duduk berbual dengan emak dan adik bongsu sambil menemani anak-anak yang bermain di ruang tamu. Terasa ingin buat hari keluarga di tepi pantai penghujung tahun ini. Di kala semua cuti. Emak bersetuju lalu membuka cerita. 

"Wah, seronok. Dulu-dulu masa pergi lawat Kak Yana di matrik (baca Kolej Matrikulasi Londang, Melaka) mesti Tiqa akan cakap dengan ayah nak pergi mandi di Pangkalan Balak. Ayah kata : boleh, mandi tepi-tepi je."

Saya pun tak tahu kisah ini. Adik bongsu ketika itu masih di sekolah rendah dan saya pula sedang struggle di kolej. Haha..

Anak-anak saya termangu melihat kami berbual. Lalu saya katakan, ummi masa kecil pun pergi mandi laut juga. Selalu ikut Tok Long atau Tok Tam menginap di rumah peranginan sebab mereka berkerja dengan bank dan kementerian. Maka, ada rumah peranginan yang boleh ditempah. Saya kira seperti Rumah Persekutuan (jika saya tidak salah istilah).

"Oooo..," balas anak-anak.

Begitulah, hidup ini sebenarnya sangat singkat. Merenung masa yang berbaki 😢




Maksudnya : 

Dan Maha Tinggilah Kebesaran Tuhan yang menguasai langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dan Dialah jua yang mengetahui tentang (masa datangnya) hari kiamat dan kepadanyalah kamu semua akan dikembalikan.

(Surah Az-Zukhruf ayat 85)



Allahu... tiba-tiba rasa sebak..😩

Barakallahufik.

Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015