Selepas solat Subuh, urus diri, sarapan dan baca zikir pagi. Bersambung dengan mengaji al-Quran dan hafazan. Mulai Khamis (semalam) mula bertadarus dengan si kakak. Alhamdulillah, khatam buat sekian kalinya pada hari Rabu lepas.
Si abang juga menunjukkan peningkatan yang sangat baik. Sudah masuk muka surat 111 (teruja betul dia dengan angka ratus-ratus ni😄) dan kak cik yang sudah berjaya mengenal huruf alif fatah, jim+ha+kho fathah. Sudah memasuki huruf tho fathah. Namun saya fikir perlu perbanyakkan ulangan pada huruf tertentu.
Si baby? Duduk bersimpuh di kala semua abang kakaknya sedang mengaji. Mudah-mudahan terang hatinya juga nanti. Insya Allah. Ameen..
Aina Dayana binti Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan