Sabtu, 6 Januari 2018

Darul Sunnah


Bermula dengan tanah yang diwakafkan oleh seseorang, akhirnya terbinalah sebuah pusat pengajian di tempat saya. Ia dinamakan Darul Sunnah. Pusat pengajian ini bertempat di Kampung Bukit Pegoh, Melaka. 


Meskipun belum siap sepenuhnya, ia telah pun memulakan operasinya dengan penganjuran kem, playgroup ibu dan anak, usrah anak muda, kuliah dhuha mingguan (setiap hari Ahad) dan kelas mengaji al-Quran yang ada setiap hari Isnin hingga Jumaat serta program-program khas pada waktu tertentu.

Mudah-mudahan dengan adanya tempat seperti ini menyemarakkan lagi budaya cintakan ilmu dan al-Quran di kampung ini secara khususnya dan masyarakat sekeliling secara amnya.

Jemput datang ke kuliah dhuha mingguan di sini, setiap Ahad jam 9.30 - 10.30 pagi. Boleh hubungi nombor tertera untuk maklumat lanjut :


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015