Ini ialah sambungan dari perkongsian bahagian 1.
Huruf O
1. Latihan sebut fonik 'o'.
2. Kraf 'octopus'. Saya lukiskan kepala sotong dan lakarkan kakinya pada kertas warna. Anak-anak warnakan kepala sama warna dengan kakinya.
Jika ada goggle eyes boleh tambah. Saya tiada accessories ini, maka lukis biasa sahaja.
3. Belajar membaca dari Read Easy 1 (bagi yang sudah menguasai).
4. Permainan dam untuk pengayaan.
Alhamdulillah.
Huruf N
1. Latihan sebut 'n'.
- nest, numbers, nose, net
2. Anak-anak mencantum jigsaw puzzle 'n' sambil memikirkan kedudukan yang betul. Rupanya ia aktiviti yang sedikit mencabar untuk mereka. Tak mengapa, saya lihat kesungguhan mereka menyiapkan tugasan.
Huruf M.
1. M for mat.
Anyaman tikar untuk anak 7 tahun.
2. Tampal pattern seperti tikar untuk anak-anak 6 tahun ke bawah.
Kraf anyaman baru lertama kali dibuat oleh anak ini. Jadi saya perlu membantu semasa dia menyiapkan anyaman.
Bagi anak-anak kecil, dibantu oleh kakak usia 6 tahun.
Huruf P.
1. Latihan sebut 'p'.
Seperti biasa, saya akan tanya mereka ok, p for?
Dan mereka akan beri perkataan yang mereka tahu. Misalnya P for pot. Tiba-tiba terdengar suara kecil memberi contoh : P for Pataya. Haha lucu pula. Sebenarnya gambar yang saya lukis ialah Papaya 😄
2. P for peacock.
Kraf burung merak menggunakan kertas warna, kertas A4 dan gam.
Pecah rekod untuk sesi ini kerana anak-anak ambil masa hampir 90 minit. Gara-gara mahu siapkan juga kerja masing-masing.
Alhamdulillah, sepanjang 9 sesi (1 hari 1 sesi) bersama anak-anak ini, 2 orang sudah habis Read Easy buku 2. Insya Allah esok akan bermula Read Easy buku 3.
Adik-adik usia 5 dan 3 tahun pula, memang target untuk perkenalkan bunyi sahaja 😊
Moga Allah terangkan hati anak-anak ini dan berkati usaha mereka dan ibu bapa mereka. Amin.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan