Gambar : koleksi peribadi
Alhamdulillah. Meraikan anak-anak yang sudah khatam al-Quran dalam sebuah majlis semalam di Pusat Pengajian Darul Sunnah, Kampung Bukit Pegoh, Melaka.
Terima kasih dan tahniah kepada pihak penganjur serta anak-anak yang membantu menjayakan program ini.
Seramai 16 peserta diraikan. Hadir bersama ibu ayah dan keluarga masing-masing serta masyarakat setempat.
Majlis bermula kira-kira jam 8 pagi, berarak dari rumah Ustazah Maziah ke Darul Sunnah. Kami mulakan dengan bacaan zikir pagi, ucapan alu-aluan dan khatam al-Quran.
Usai sesi khatam, penyampaian cenderahati diberi kepada peserta dan tenaga pengajar. Hadiah disampaikan oleh pengasas kelas mengaji ini, Ustazah Siti Fatimah bt Mohd Ali @ Ustazah Maziah diiringi Ustaz Muhammad.
Selepas berehat seketika, majlis diteruskan dengan pertandingan :
1) Membaca Surah Al-Fatihah
- untuk anak-anak berusia 8 tahun ke bawah.
- bertujuan menggalakkan anak-anak ini biasa membaca Surah Al-Fatihah.
- dimenangi oleh Rabiatul Adawiah bt Yaakob (8 tahun) bagi perempuan dan Harith Anas bin Mohd Hafiz (5 tahun) bagi lelaki.
2) Hafazan Kategori Terbuka (Perempuan)
- Format : ada 3 soalan iaitu membaca surah hafazan, membaca surah pilihan juri dan menyambung bacaan zikir pagi yang ditanya oleh juri.
- menerima 9 penyertaan
- hadiah disediakan untuk 5 tempat teratas
- dimenangi oleh adik Nur Safia bt Mohd Hafiz diikuti Khaulah bt Ahmad Kamalarifin dan Siti Nur Farzana bt Said Azmi.
- Pemenang menerima wang tunai (RM20, RM15, RM10, RM5 - mengikiut kedudukan 1 hingga 4), dan sebuah hadiah iringan.
Hafazan Terbuka (Lelaki)
- menerima 6 penyertaan
- dimenangi oleh Sufiean bin Azlee diikuti Abdul Qayyum bin Md Rashid dan Mohd Arief Daniel bin Zainur Arief.
Ada hadiah lain diberi untuk :
1) Anugerah Kehadiran Terbaik : Mustakim
2) Anugerah Tokoh Murid 2018 : Sufiean bin Azlee
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Barakallahufikum.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan