Jumaat, 28 September 2018

Tip melancong

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم    


Diambil dan disesuaikan dari Majalah Anis keluaran Disember 2012 (muka surat 19).

Bermusafir memang melelahkan. Kadang-kala dengan kepenatan itu kita terabai perkara yang lebih wajib.

Sebelum bermusafir eloklah sediakan kelengkapan solat dengan baik.

- Bawa telekung
- Kain pelikat bagi lelaki
- Bawa Quran dan Iqra' anak-anak
- Sejadah mini
- Tuala kecil
- Stokin dan sarung lengan (handsock)

Dan peralatan lain yang dikira sesuai.

Biarlah kita bermusafir / melancong dalam keredhaan Allah 💕

Ummi Aina

Khamis, 27 September 2018

Kuasa tulisan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْم    

Awal minggu ini buat perubahan kecil pada dinding utama di perpustakaan mini kami.

Sejak ramadan masih belum bertukar corak. Maka, kali ini kami gantikan dengan perkataan Muharram. Maklumlah, dah masuk tahun baru Islam, maka perlulah ada perubahan yang lebih baik juga.


Waktu itu ummi mahu ke dapur sebenarnya. Jadi sementara mahu bagi mereka sibuk buat kerja, terfikir untuk ajar mereka buat mission board.

Subhanallah, ummi memang tak duga mereka boleh tulis target masing-masing. Dan masuk hari ini, anak nombor 2 sangat ketara mengikut apa yang ditulisnya! Masya Allah. 


Azamnya dia memenuhi mission board.

Jadi, ibu ayah jangan underestimate anak-anak tau! 😘

Anak ketiga juga berjaya tidak menangis sebelum tidur malam. Sebelum ini memang setiap malam mesti menangis. Ada sahaja isu yang buatkan dia sedih. Geram aih.. 

Maka, ummi pun dah tulis misi ummi bulan ini. Vision board pun ada nak tampal. Tapi segan pula nak tunjuk sini. Hee..

Jumpa lagi 😊

Ahad, 23 September 2018

Little Readers Series


Biasa ada yang bertanya buku mudah untuk anak-anak membaca dalam bahasa Inggeris. Jika bahasa Melayu ada Siri Mudah Baca, bahasa Inggeris saya cadangkan buku Little Readers Series.


Buku ini disusun bertahap memudahkan anak-anak pembaca awal (early readers) untuk memahirkan lagi kemahiran membaca dalam bahasa Inggeris.

Spesifikasi set ini :

✅ Ada 9 buah buku
✅ Soft cover
✅ Sesuai untuk anak berusia 3 tahun ke atas

Ada 9 tajuk dalam siri ini :

  • Jo Jo Goes to the Beach
  • Our New House
  • I Can Paint
  • What Is That?
  • Rice Is Rather Nice
  • Guess Who?
  • The Monkey Band
  • Grandpa's Visit
  • A Funny Number Book 

Contoh kandungan dalam buku :





Hanya RM50 untuk satu set. Kos pos ialah RM10 (SM) | RM13 (SS). Baru sahaja uruskan tempahan sekumpulan ibu bapa yang mahukan set ini. Terima kasih 💕

Berminat untuk dapatkan siri ini, boleh hubungi nombor tertera. Jumpa lagi.

Sabtu, 22 September 2018

Sesi Bercerita : Apa Yang Bergerak?


Hari Jumaat malam biasanya khas untuk fardu ain bagi anak-anak 9 tahun ke atas dan playgroup bagi anak-anak usia 8 tahun ke bawah.

Disebabkan ramai yang masih tidak dapat membawa buku tulis, cikgu perlu pelbagaikan aktiviti.

Minggu lalu, mengambil pendekatan bercerita menggunakan buku besar bertajuk "Apa Yang Bergerak." Buku ini ditulis oleh Alia Nina dan ilustrasi oleh Emila Yusof.

Saya memang sukakan karya kedua orang penulis ini. Watak kartunnya comel dan ceritanya mudah sesuai, sekali dengan tahap sasaran.

1) Perkenalkan buku cerita, tajuk dan mengajak anak menceritakan kulit hadapan buku.

2) Pilih seorang sukarelawan untuk membacakan cerita.

3) Aktiviti berdasarkan cerita.

Bahagian paling menarik ialah aktiviti berdasarkan cerita.

Sambil bercerita, sambil mengaitkannya dengan kekuasaan Allah.
.
"Apa yang bergerak?" (Sambil tunjuk gambar).
"Layang-layang!"
"Betul. Siapa yang gerakkan layang-layang?"
"Angin.."
"Pandai anak-anak ni (Y) Betul, siapa cipta angin?"
"Allah!," Semangat mereka menjawab.
Ya, tepat sekali! Hanya Allah yang berkuasa menciptakan angin yang meniup layang-layang ini."
.
Begitulah sedikit sebanyak dialog bersama mereka.
.
Aktiviti kedua, kami main teka lakonan. Seorang lakonkan dan kawan-kawan lain teka. Sempatlah meneka dalam 6 soalan.
.
Ada 1 soalan yang anak-anak ini tidak boleh buat. Semua gagal melakonkan watak "tebang pokok". Rata-rata melakonkan aksi pokok terbang 😄
.
Haih.. nanti cikgu kena tunjuk cara ni.

Ahad, 16 September 2018

Library is a treasure 6


 Kali ini ke perpustakaan ada beberapa peristiwa dialami. Pertama, ada buku yang tidak kami pinjam berada dalam senari pinjaman. Kedua, ada 3 buah buku tertinggal di rumah. 

Ketiga, pustakawan di kaunter tidak membenarkan saya menyambung tarikh pinjaman bagi buku-buku yang tidak dibawa. 

Agak lama juga saya berusaha untuk menyambung tarikh pinjaman kerana pustakawan-pustakawan sebelum ini telah menjelaskan peraturan ini. Akhirnya saya diam sahaja.

Tetapi sebelum pulang saya berjaya menyambung tarikh dengan pustakawan lain. Sabar sahajalah.

Kami pergi meminjam pada Sabtu 15 September 2018. Terkejut melihat ramainya pengunjung perpustakaan. Baru teringat yang musim peperiksaan tidak lama lagi. Patutlah.

Diam-diam memerhati anak-anak yang datang. Berpasangan lelaki dan perempuan, duduk bersebelahan berbisik-bisik. Atau yang datang berkumpulan makan beramai-ramai di kedai makan berdekatan.

Sedih, bimbang dan takut.

Anak-anak remaja ini masih perlu pantauan dari ibu ayah. Membiarkan mereka keluar dengan kawan-kawan sebegini haruslah mengundang rasa tidak selesa kerana bercampur lelaki perempuan.

Batas pergaulan, aurat anak-anak ini perlu dijaga. Benarkah boleh belajar dalam situasi begini? Lebih banyak berbual, ketawa, pandang-memandang. Allah Ya Allah, peliharalah anak-anak ini dan anak kami dari segala maksiat dan musibah.

Oh jauh pula menulis 😅 Okay, ini adalah pinjaman kami minggu ini. Tarikh pulang pada 6 Oktober 2018.

Pinjaman saya

Pandangan penuh

Pinjaman Abdullah dan Asma'

Pinjaman Khaulah
Minggu ini dapat bertemu kawan Khaulah, Damia. Seronok mereka bermain. Abdullah pun boleh geng dengan adik Damia, Zhariff. Moga ukhwah berkekalan.




Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 14 September 2018

"To empower kids, you must LOVE them"


Sumber gambar : Facebook Little 'Ilmy


Baru sahaja dibincangkan dalam WhatsApp group alumni sebuah program Quranic Parenting tentang hukuman dan ganjaran dalam mendidik anak-anak.

Dalam hal ini, saya terkesan dengan kata-kata Pn Mardhiah. Katanya Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam tidak menekankan kepada hukuman semasa mendidik anak-anak.

Serentak itu saya terkenang buku Prophetic Parenting terjemahan bahasa Melayu Malaysia. Sememangnya sepanjang pembacaan, Rasulullah menunjukkan contoh tauladan terbaik dengan bersikap lembut tetapi tegas. Juga istiqamah mendidik dan menanam akhlak ke dalan diri anak-anak.

Lalu, ini satu lontaran buat diri bermuhasabah.

💕Bagaimana sikap kita terhadap anak hari ini?
💕Berjayakah kita sabar dengan perlakuan mereka?
💕Atau awal pagi sudah melantun pic suara?
💕Cukupkah memeluk anak hari ini?
💕Tertawa riangkah kita bersama mereka ketika mereka bermain?
💕Sempatkah kita menyuap makanan ke mulut mereka tatkala mereka lapar?
💕Atau sibuk benar kita dengan 1001 kerja?

Ya Allah maafkan kami atas kesalahan yang pernah dan akan kami lakukan 😭

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 13 September 2018

Quran Al-Hafiz


Sekarang kami menggunakan Quran Al-Hafiz untuk menyambung hafazan surah-surah panjang. Anak-anak sudah melepasi hafazan juzuk amma tetapi hafazan lama tetap perlu diulang supaya dapat kekalkan ingatan itu.



Dalam Quran Al-Hafiz ini, satu muka surat dibahagikan kepada 3 blok warna. 1 blok mungkin mengandungi 5-8 ayat bergantung kepada surah.

Bagi anak-anak, mereka menggunakan Buku Panduan Hafazan Tahfiz Junior terbitan Karangkraf. Ia lebih berwarna-warni dan 1 muka surat dibahagikan kepada 5 blok warna.

Cara bacaan ialah membaca dengan melihat mushaf selama 40 minit dan mengulang bacaan selama 20 minit tanpa melihat mushaf.

Anak-anak ini biasanya mempunyai daya tumpuan yang pendek. Maka ibu ayah perlu kreatif dan meraikan kemampuan anak. Boleh "support" anak dengan permainan, kuiz, memperdengarkan audio dari qari yang digemari dan memberi ruang rehat kepada anak-anak apabila mereka memerlukan.

Namun, motivasi mereka meningkat apabila melihat kita juga berusaha menghafaz ayat-ayat suci ini. 

Ya Allah, ikhlaskan hati kami dan istiqamahkanlah kami memelihara ayat-ayat-Mu. Kami mohon keampunanmu. Amin..amin..amin..

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 8 September 2018

Siri Mudah Baca


Alhamdulillah, minggu ni 'happy' terima maklum balas dari pengguna buku Siri Mudah Baca.

Bagi yang ingin tahu, Siri Mudah Baca ialah siri bacaan awal untuk anak-anak mengukuhkan kemahiran membaca.

Ia disusun kepada 4 set mengikut tahap. Seawal 3 tahun sudah boleh perkenalkan buku ini. Memang seronok tau. 

Gambarnya terang, berwarna penuh serta ada suku kata berwarna membantu pembacaan anak-anak.





Harga bagi 1 set ialah RM48. Harga promosi sehingga 16 September 2018. 

Selepas ini harganya akan naik ya. Jika berminat boleh hubungi nombor tertera 😊

www.wasap.my/60133613516/Siri-Mudah-Baca

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ulasan buku : Where Is Your Honey Pot, Bear?


Buku bergambar yang cantik ini saya beli di Big Bad Wolf 2 tahun lepas melalui personal shopper, Kak Nazrah.

Buku ini memang comel dengan material kertas yang agak keras. Ilustrasi yang 'simple' tapi anak-anak sangat faham dengan jalan cerita tanpa melihat teks.

Selepas ini mungkin boleh camkan nama penulis / pelukis buku ini bila ke bahagian Picture Book di BBW. Jom tengok :

Kulit hadapan buku





Bacakan anak buku dengan intonasi yang pelbagai. Insya Allah anak tertarik untuk mendengar kita bercerita.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 3 September 2018

Bacaan Ogos


Sepanjang Ogos ada 16 buah buku yang dapat saya baca. Jika buku bersifat bacaan ringan dan nipis, boleh sahaja saya baca cepat.

Namun saya kira, dengan perniagaan kecil secara maya ini banyak mencuri perhatian saya dengan gajet.

Buku ke-68 hingga 83 yang dapat dibaca :

1) Lemoi Praaq


Praaq dalam bahasa orang asli ialah perang. Lemoi pula ialah nama tempat cikgu ini mengajar.

Anekdot-anekdot yang ditampilkan dapat menggambarkan hampir keseluruhan budaya, tempat dan makanan masyarakat setempat. Tahniah cikgu!

Sungguh saya kagum dengan semangat cikgu untuk mendidik dan bertahan berbakti di sana. Barakallahufik.

2) Cerita Dari Hati

Sekali imbas, buku berkulit kuning ini agak hambar bagi saya. Mujurlah saya jenis tergerak membaca nama penulis dan sinopsis cerita. Hanya seorang saya kenali iaitu Tn Nazali Noor. 2 karya awal beliau yang saya baca ialah Ulu Yam di Liverpool 1 & 2.

So far so good. Pelbagai penulis berkongsi cerita di sini. Gaya penulisan juga berbeza-beza. Ada yang berjaya mengetuk pintu hati dengan kata yang berbekas. Terutama ingatan buat mak ayah dan suami.

3) Rimba Jiwa oleh Sri Rahayu


Semasa mulakan pembacaan, saya seperti pernah baca tetapi tidak habis. Rupanya baru teringat. Dahulu pernah baca semasa bawa anak-anak membaca di perpustakaan komuniti Aeon Bandaraya Melaka.

Kisah mengenai ibu dan anak yang berhijrah sementara ke dalam hutan simpan Belum demi minat si ibu sebagai penyelidik. Banyak cabaran dan bahaya yang ditempuh namun semua risiko itu cuba diharungi dengan sabar.

Kagum dengan semangat cintakan alam sekitar yang ditunjukkan.

4) Kembara Di Kota Istanbul


Ini ialah novel kanak-kanak keluaran Ummi Publications. Saya suka dengan saiz buku ini (8" x 8"). Pembaca dibawa melihat keindahan bumi Turki serta sejarahnya melalui Aman sekeluarga.

Pernah Aman hilang, terpisah dari keluarga! Namun, bertemu dengan penduduk Turki yang baik dan semua ini memberi pengalaman kepada Aman.



Saya pernah muat naik gambar buku ini di Facebook saya. Ramai memberi maklum balas tentang buku yang saya baca ini. Oh, penulis agak dikenali rupanya. Saya yang tidak tahu 😃

Melalui pembacaan ini juga baru saya maklum bahawa Pn Anfal ialah anak kepada Yb Saari Sungib.

Kisah kehidupannya digarap dengan gaya bahasa yang positif meskipun ada juga naik turun dalam kehidupannya.

Bukan mudah menjadi ibu ayah yang 'cool' disamping menggalas pelbagai jawatan yang diamanahkan. Lagi-lagi jika bekerja sendiri, tetap ada tekanan tersendiri.

6) Projek Cup Cake Ain Maisarah


Anak saya pun perasan yang saya gemar membaca siri Projek dari Ain Maisarah. Tapi dia belum ada minat untuk membaca buku-buku Ain Maisarah 😉

Saya suka dengan info yang diberi oleh beliau. Praktikal. Saya suka mencadangkan buku yang baik untuk anak-anak di kelas mengaji. Dan ini salah satu daripadanya.

Dalam buku ini, watak utama berusaha mempelajari cara memhuat cupcake dengan betul, menghias dan siapa sangka akhirnya menjana pendapatan sampingan dengannya.

Tetapi ibunya sangat garang. Ada jugalah cabaran yang terpaksa beliau hadapi. Pernah juga difitnah oleh sepupu sendiri di sekolah, namun beliau dapat menyelesaikan semuanya dengan baik. Gigih betul dia berusaha.



Sila klik ⬆ untuk baca reviu.

8) Siput Yang Mengubah Sejarah

Saya tidak kenal dengan penulis. Cuma pernah ternampak namanya sebelum ini. Maka saya cuba untuk membaca karya ini.

Nyata, seorang yang minat sejarah dan bijak dalam penulisan membawa beliau menghasilkan karya ini. Masih lagi menuntut di UIA semasa buku ini diterbitkan. Syabas!



10) Stres oleh Pak Utih

Buku Men Are From Mars versi bahasa Melayu. Isinya tidaklah sama kerana Pak Utih menulis dari sudut pandang seorang suami dan muslim.







14) Hadiah Kucing Untuk Asma


15) Mimpi Bintangku

Komik terbitan Buku Puris. Punyalah susah buat pilihan semasa nak beli buku ini. Sebabnya ada sebuah lagi komik menarik berkisar pahlawan.

Lepas ini boleh beli komik lagi satu :) Anak pun berebut mahu baca komik ini sedangkan bagi saya kurang sesuai dengan umur mereka (8 tahun dan 6 tahun).

Mesej yang dibawa ialah tentang seorang anak yang sangat meminati lukisan komik sehingga tercetus idea membuat lukisan dakwah. 

Mendapat tentangan hebat dari mak ayahnya di awal pembabitan beliau menyebabkannya merahsiakan aktiviti melukisnya.

16) 99 Stress Free Mummy

Memang stress free sungguh. Haha. Saya percaya setiap ibu pasti banyak kenangan mencuit hati tentang anak masing-masing.

Tulislah supaya ianya tidak hilang bersama masa yang jauh kita tinggalkan ;)

Welcome September. Another new journey on reading.

Selamat membaca.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015