Jumaat, 29 Jun 2018

Ulasan Buku : Saya Suka Mengaji



Sumber gambar : Koleksi peribadi

Selesai membaca Buku Bukan Sekadar Homeschooling (BSH), saya melanjutkan bacaan membaca buku Saya Suka Mengaji (SSM) pula.  Ini merupakan buku kedua Pn Khadijah Gani yang dilancarkan dari rumah penerbitan Telaga Biru Sdn Bhd. Temanya ialah perkongsian ilmu dan pengalaman beliau sebagai guru al-Quran semenjak akhir 2012.

Beliau ingin menarik perhatian khalayak pembaca supaya mengajar anak kecil mengaji al-Quran tanpa marah-marah. dan tanpa rotan. Ini bukan omong kosong. Beliau telah membuktikan melalui 'batch' demi 'batch' yang diajar oleh beliau sejak enam tahun dahulu.

3 prinsipnya :

1) Telan kemarahan

2) Tutup mata pada kesalahan, pandang yang betul sahaja.

3) Tidak perlu membebel atau menjerit. Berikan panduan yang betul.

Dengan ini kita tidak penat dan membuang masa marah akan perkara yang tidak perlu. [Tapi, percayalah sebahagian ibu bapa akan sukar membuat nombor 1 itu. Hee...]

Beliau ada berkongsi mengenai anak mengajinya yang pelat. Teruskan memandu bacaan anak seumpama ini dengan sebutan yang betul kerana "latihan menyebut makhraj dengan betul dan berulang-kali merupakan speech therapy terbaik buat seorang anak yang mempunyai masalah pelat. Berikan masa dan bersabarlah!: (SSM, muka surat 44)

Saya turut mendapat idea untuk membuat buku laporan dan perkembangan anak-anak murid mengaji apabila beliau berkongsi pemberian ganjaran dan bintang di dalam buku anak-anak murid beliau. Menarik untuk diaplikasikan kerana anak-anak termotivasi untuk melakukan yang terbaik.

Seperkara lagi yang saya kira sangat dicari oleh ibu bapa atau guru, tip beliau untuk menghadapi anak kecil yang suka membuat bising dan bermain :

1) Senyum sahaja bila melihat anak kecil berkeliaran. Itu adalah normal. Bersihkan "cermin pandang" kita.

2) Telan kemarahan. Cipta aktiviti lain untuk mereka semasa kita mengajar rakan-rakan atau adik-beradiknya yang lain. 

Kadang-kadang, anak ini tidak tahu duduk diam dan tidak tahu aktiviti lain yang boleh dibuat selain daripada bermain. 

3) Jarakkan kumpulan anak besar dan anak kecil supaya dapat fokus.

4) Bersangka baik.

Membaca buku ini, tidak dapat tidak, saya terkenangkan perjalanan mengaji al-Quran ketiga-tiga anak yang besar ini. Saya menginsafi bahawa setiap anak ada "masanya". Paling mencabar ialah semasa mengajar anak kedua belajar al-Quran. 

Mungkin juga kerana high expectation dan secara tidak langsung membandingkan dia dan kakaknya membuatkan saya stres. Namun, perlahan-lahan mula memahami dan mengikut rentak masing-masing. Masih terus berusaha dan belajar.

First impression is always matter.

Ciptakan waktu belajar mengaji sebagai detik yang paling menyeronokkan buat anak-anak kecil kita yang baru mahu mengenal al-Quran. [Pn Khadijah Gani, 2018]

Sangat disyorkan sebagai bacaan tambahan untuk mereka yang ingin mendalami ilmu parenting atau teknik mengajar anak kecil. Tidak semestinya ibu ayah, boleh jadi juga anda seorang guru, pengasuh, pengusaha tadika dan lain-lain. 

Ada tips lain seperti Tip Mengajar Hafazan sejak anak kecil, perkongsian pengalaman mengajar anak murid mengaji yang istimewa, mengetahui sifat dan makhraj huruf dengan betul serta Tip Belajar dan Bermain dengan menggunakan Kad Imbas Khadijah.

 Pn Khadijah Gani mempelopori inovasi Kad Imbas Khadijah yang menggunakan emoticon comel dalam mengajar anak-anak mengenal huruf berbaris atas, bawah dan hadapan. Di sebelah kad lagi, diletakkan huruf-huruf hijaiyah yang dipadankan dengan bentuk yang bertemakan alam sekeliling. Misalnya alif seperti pokok kelapa yang tinggi, ya seperti bentuk itik dan sebagainya.

Semoga bermanfaat!

Buku 56 /  2018

#iRead2018


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ulasan buku : Membedah P. Ramlee



Tak pandai nak ulas karya ini 😄

Ia catatan santai penulis terhadap 15 karya filem P. Ramlee. Saya sudah lama tak tonton filem beliau tetapi dengan komen-komen dan beberapa dialog serta perincian beberapa babak mengingatkan semula keseluruhan cerita.

Kesemua 15 filem ini pernah saya tonton lama dahulu. Apabila penulis memberi sudut pandang beliau, barulah sedar makna-maknanya.

P. Ramlee sangat bagus dalam penyampaian kritik beliau terhadap sistem feudal dalam masyarakat. Malah, filem bercorak komedi seperti Pendekar Bujang Lapok sebenarnya sarat dengan teguran dan sindiran bagi yang memahami.

Sikap bodoh sombong, ego, tak mahu mengaku salah sehingga membawa kepada keburukan seperti yang digambarkan pada pendekar bertiga.

Ulasan filem lain juga memberi pencerahan seperti Penarik Becha, Orang Minyak, Ibu Mertuaku, Madu Tiga, Labu Labi dan Semerah Padi (sekadar menyebut sebahagian Filem). Tahniah penulis.

Buku 54 / 2018

#iRead2018


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 28 Jun 2018

Ulasan buku : Puteri Naga Tiberius



Sudah semestinya saya beli buku ini kerana penulisnya 😃 Pn Sri Rahayu Mohd Yusop penulis kegemaran saya kerana setiap karyanya ada kekuatan dan kelebihan.

Saya suka garapan fiksyen dalam buku Puteri Naga Tiberius ini meskipun ada banyak nama yang pelik-pelik serta kisah sejarah kerajaan Tiberius yang agak panjang.

Mungkin saya seorang yang visual. Maka, apabila dicatat nama-nama watak, tempat dan serba sedikit susur galur keturunan Maharaja Tiberius ini barulah saya memahaminya.

Kisah dimulakan dengan putera mahkota melarikan diri dari Istana tetapi terpaksa kembali juga beberapa hari selepas itu. Beliau terlibat dalam satu kejadian yang secara tidak sengaja bertemu dengan gadis hamba pembuat racun.

Putera Basilius kemudiannya mempunyai pertemuan-pertemuan lain yang tidak dijangka dengan Sula, hamba tersebut pada peristiwa-peristiwa penting dalam hidupnya malah mencipta sejarah Kerajaan Tiberius.

Sula, yang sebenarnya waris sah Kerajaan Tiberius yang terpisah dari ibu ayah serta sudah jauh dari istana mempunyai kisah yang menarik dengan keistimewaannya yang menakjubkan.

Sejak bayi sudah dijual kepada keluarga Bregeda, beliau telah dilatih membuat racun untuk perniagaan tuannya itu. Perniagaan haram yang sangat maju dan tinggi permintaannya.

Namun, pada usia 15 tahun, Sula tekad melarikan diri dan mahu hidup bebas. Dia merantau jaub seorang diri menghadapi cabaran demi cabaran. 

Namun pertemuan dengan Putera Basilius sedikit sebanyak mengubah peta perjalanan Sula. Dia akhirnya terpaksa kembali membantu Putera Basilius menyelesaikan masalah negara rentetan ayahandanya mangkat kerana diracun oleh saudara kembar ayahandanya sendiri.

Lebih parah, racun itu adalah racun yang paling kuat dan tidak dapat didiagnosis oleh pengamal perubatan diraja. Takhta dirampas dengan cara yang tidak disedari malah, pakcik Putera Basilius ini ingin segera berkahwin dengan ibunda Putera. Namun, permaisuri tiba-tiba mengalami kecelaruan jiwa dan dipenjarakan di bawah tanah istana.

Kemunculan naga-naga yang menjadi lambang Kerajaan Tiberius mengubah tanggapan seluruh rakyat bahawa naga-naga tersebut hanya lagenda sebelum ini. Naga-naga ini hanya muncul apabila waris yang tepat muncul menerajui kerajaan.

Tidak dapat tidak, berlaku juga sebuah peperangan dahsyat melibatkan pasukan tentera Putera Basilius dengan maharaja baharu. Kejadian ini memaksa orang Bunian untuk masuk campur demi kesejahteraan negara.

Sebenarnya banyak lagi isu yang tidak saya sentuh kerana berkait antara satu sama lain.

Mungkinkah ada sambungan cerita ini? Tajuk buku ini sebenarnya merujuk kepada Sula, namun di akhir cerita Sula sudah lupa kepada semua yang berlaku selepas menyelamatkan Putera Basilius dari maut terkena racun.

Sula menggunakan tongkat khas hadiah dari seorang warga Bunian yang tertua di dunia. Sebagai imbalannya, jika Sula menggunakan tongkat itu, dia akan dilupakan oleh semua orang dan Sula turut hilang ingatan. Namun akan ada seorang yang mengingatinya 

Dan Sula mengembara ke benua lain, jauh dari Kerajaan Tiberius selama 15 tahun. Tidak pasti sama ada dia akan kembali ke sini semula atau tidak.

Bagi saya ia cubaan yang baik dari puan penulis membuat cerita sains fiksyen ala-ala Harry Potter atau Lord Of The Rings 😊 Terasa ada sedikit kekurangan namun saya OK sahaja membacanya sehingga ke akhir bab. Tahniah puan!

Buku 53 / 2018

#iRead2018

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Rabu, 27 Jun 2018

Belajar membaca dan menulis dengan Kit Seronok Membaca


Sudah hampir 2 minggu mula ajar semula anak ketiga dengan Kit Seronok Membaca.

Usianya baru 3+ tahun. Saya ingat kata-kata Pn Khadijah Gani, penulis buku Bukan Sekadar Homeschooling, anak ini ada "masanya". Apa yang penting terus berikan galakan dan rangsangan untuk belajar.

Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini mood anak semakin baik. Dia sendiri menawarkan diri untuk belajar membaca, mengaji, melukis dan lain-lain. Ini satu perkembangan yang baik!


Saya teringat akan set Bacalah Anakku dan Kit Seronok Membaca yang dibeli untuknya dahulu. Jadi, mulalah ummi ni mengumpul semangat nak ajar anak membaca 💪


Aktiviti biasa dengan Kit Seronok Membaca ini ialah :

1. Menyebut huruf.

2. Pengecaman huruf melalui aktiviti padankan huruf. Anak tampal huruf tertentu mengikut hari. Saya gunakan buku latihan sebab dia mahu "merasa" ada "buku sekolah" macam kakaknya.


3. Menggunakan buku aktiviti dari Kit Seronok Membaca. Bagus buku ini!

- Anak surih huruf dengan jari.
- Sebut dengan betul perkataan berdasarkan gambar.
- Cari gambar dari helaian "sticker" dan tampal pelekat dalam buku aktiviti.
- Belajar menulis huruf dengan betul.
- Tambahan : anak cari huruf yang sama dan tampal dalam buku. Bahagian bawah sekali. Huruf-huruf ini saya cetak beberapa salinan, gunting dan masukkan dalam sebuah bekas. Bila-bila nak pakai, ambil sahaja.



Seronok sangat pakai Kit Seronok Membaca ni. Sebenarnya ada playdoh. Tapi untuk aktiviti ini anak tak mahu guna. 

Best kan? Bila anak seronok nak belajar, kita pun seronok mengajar 😘

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Selasa, 26 Jun 2018

Ulasan Buku : Bukan Sekadar Homeschooling



Pertama kali menatap buku ini, saya rasa teruja dan spontan menggelengkan kepala apabila membuka buku sepintas lalu. Kenapa?

Sebab buku ini bersaiz besar, tebal dan tulisan di dalamnya terbahagi kepada 2 column. Masya Allah, banyaknya ilmu dari buku ini!

Itu tanggapan awal saya.

Dan benar sekali. Saya sengaja membaca lambat-lambat. Saya suka dengan pendekatan penulis dalam buku ini.

Terbahagi kepada 9 bab dan kesemuanya dihurai dengan panjang dan jelas. Ada teknik penceritaan, ada perkongsian cara berkomunikasi antara ibu-anak, persoalan dari pembaca blog dan jawapan beliau yang seimbang, tip penyusuan, tip didik anak solat, sifat ihsan, menerapkan akidah kepada anak kecil dan 101 topik lagi.

Saya sangat syorkan buku ini kepada ibu ayah yang baru menerima cahaya mata, atau belum atau mereka yang sudah mempunyai ramai anak sekalipun.

Ia isu yang evergreen dan tanggungjawab kita masih ada seiring dengan pembesaran anak.

Lihat isi kandungan di bawah :




Saya setuju dengan kata aluan dari penerbit yang mengatakan :

Buku ini merupakan perkongsian seorang ibu yang aktif dan kreatif dalam merencana dan mempelbagaikan teknik pembelajaran anak-anaknya di rumah.
Penulis juga tidak lokek berkongsi teknik-teknik atau pendekatan-pendekatan yang sesuai mengikut perkembangan anak-anak 
Pembaca akan mendapat banyak idea dalam memupuk minat anak untuk belajar ilmu dunia dan akhirat sepanjang masa. 

Antara perkara yang saya mula amalkan selepas membaca buku ini ialah mempraktikkan Adab Menyusukan Bayi (muka surat 4 - 5) :

1) Jangan abaikan pandangan mata bayi semasa dia menyusu dengan ibu. 'Ketagihan' gajet ibu bapanya mungkin boleh memberi kesan 😥

2) Berasa risaulah apa yang membentuk dan mengiringi apa jua yang masuk ke dalam tubuh dan pemikiran anak-anak. Memanglah media sosial yang kita baca atau lihat semasa menyusukan anak tidak memberi kesan fizikal. Tetapi emosi kita sedikit sebanyak memberi kesan kepada bayi.

3) Apabila seorang anak kecil sering melihat ibunya memegang telefon bimbit pada setiap hari dia bangun tidur dan setiap kali sebelum tidur, natijahnya anak merasakan bahawa telefon bimbit itulah yang lebih penting melebih dirinya. Maka jangan salahkan anak jika ketagih gajet nanti. Salahkan diri sendiri dahulu 😭

Kedua, saya tertarik dengan kata kunci "Allah tidak sama dengan manusia". Ia satu jawapan yang ringkas tetapi mampu merai pemikiran kritis anak-anak apabila mengajukan persoalan tentang Tuhan.

Ketiga, dalam bab Mendorong Anak Suka Mengaji, saya mula gunakan buku X-plorasi Surah-Surah Al-Quran karya Ust Muhammad Luqman Makhtar, terbitan Telaga Biru Sdn Bhd. seperti yang dikongsikan oleh Pn Khadijah. Masya Allah, pembelajaran dan sesi mengaji menjadi lebih seronok! Alhamdulillah.

Objektif Ust Muhammad Luqman tercapailah kiranya kerana anak-anak jadi teruja menyelesaikan permainan dan soalan dari buku ini. Tambahan lagi, ada anak yang sudah pandai membaca dan mengaji al-Quran, ia jadi satu bonus untuk mereka mencari jawapan dari al-Quran.

Pastikan anda baca Tip Bagaimana Mendidik Anak Untuk Bersolat pada muka surat 126 hingga 133 ya. Ada juga dikongsikan emel pilihan yang bertanya bagaimana hendak mula mengajar anak kecil bersolat.

Saya juga tertarik dengan amalan "Delayed Gratification" Pn Khadijah. Sesuatu yang menarik untuk diaplikasikan. Ia berasal dari idea buku Teaching Kids To Think ; Raising Confident, Independent & Thoughtful Children In An Age of Instant Gratification.

Bab lain :





Oh, panjang benar ulasan kali ini. Minta maaf ya 😅 Sila dapatkan buku ini. Insya Allah bermanfaat untuk kebaikan keluarga. 

Barakallahufik Pn Khadijah 💗

Buku 52 / 2018

#iRead2018

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Ahad, 24 Jun 2018

Lapbook mini bahasa Arab


Kali ini belajar bahasa Arab dari buku teks Tahun 2. Kami buat lapbook versi mini. Buat bentuk rumah. Ada 12 kosa kata baharu yang dipelajari.

Kali ini kami guna 2 helai kertas A4.


Pandangan penuh

Kertas merah - kertas tambahan

Buku mini untuk latihan menulis

Semoga bermanfaat.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 23 Jun 2018

Penulisan Jurnal


Lama sebelum anak mula pandai membaca dan menulis saya sudah berniat ajar anak menulis jurnal atau diari. Haha.. advance sungguh ummi ni. Macam-macam cara saya buat untuk galakkan anak ekspresikan idea, luah perasaan, belajar mengeja dan sebagainya.

Saya pernah catatkan di sini --> Jurnal Anak


Saya cetak helaian jurnal berwarna-warni atau sekadar beri kertas kosong dan biarkan anak buat apa yang disukai, lalu saya simpan dalam sebuah fail untuk direkodkan. 

Tahun ini pula mula membuat jurnal pada sebuah buku khas. Kali ini, saya turut serta buat jurnal. Dengan harapan untuk menggalakkan anak-anak menulis. 


Anak dapat lihat dan baca jurnal saya. Begitu juga sebaliknya. Dalam hal ini, suami tidak begitu terlibat kerana jadual hariannya yang semakin padat. Tak mengapa, yang penting suami mengetahui perkembangan dan pembelajaran anak-anak.


Saya juga belikan sebuah sketch book bersaiz A4 untuk anak-anak yang belum pandai menulis. Saya tunjukkan supaya anak melukis dan mewarna, menampal dan membuat aktiviti yang disukai pada sketch book tersebut. 

Macam-macam benda yang anak lukis dari perspektif sendiri. Lalu saya catitkan nota pada jurnal tersebut untuk rekod Seronok pula bila dibaca semula. Sketch book ini sudah tiada dalam simpanan. Huhu.. Insya Allah akan bermula semula untuk anak no 2 dan 3.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Jumaat, 22 Jun 2018

5 keperluan alatan asas homeschool


Sudah lebih setahun saya sepenuh masa berada di rumah. Ya, homeschool anak-anak mencabar emosi dan fizikal saya. Saya ambil masa yang lama untuk adjust diri dengan jadual bersama anak-anak di rumah.

Lupakan "me-time". Kita buat "we-time." Ia lebih praktikal.

Baik, kali ini saja nak tulis tentang keperluan peralatan untuk pembelajaran anak di rumah. Bagi saya benda-benda ini penting meskipun nampak remeh. Bila habis, saya jadi gelisah 😭😅

1) Paling utama kertas A4.

Inilah bahan utama. Anak yang sedang membesar ini ada banyak idea dalam kepala. Sementara saya buat kerja rumah, kertas A4 jadi penyelamat seketika. Menconteng, melukis, buat kapal terbang, menggunting dan 101 lagi aktiviti mereka adik-beradik 😂

2) Kertas warna

Biasanya saya guna ketika sesi Art & Craft, membuat jurnal, membuat lapbook bagi subjek-subjek tertentu dan aktiviti menulis.

3) Gam

Stress bila gam habis. Anak-anak ini ada yang belum mahir memicit gam dengan berhemah 😪 Jadi bayangkan sahaja gam yang melimpah ketika buat aktiviti tampalan. Haha. Kena buat sendiri gam baru boleh jimat banyak.

4) Selotep

Benda kecil tetapi penting. Bila nak pakai, tak ada, huwarrggh.. 

5) Pensel warna dan krayon

Dua alat tulis ini sangat kritikal. Huhu.. bertabah betul bila krayon HILANG. Saya mengaku boleh naik angin jika krayon tak cukup bilangan dalam bekasnya 🙊 Jika diguna secara maksimum, saya OK. Tapi jika hilang sebab kecuaian diri, haaa mulalah ummi ni nak membebel.

Harga krayon agak mahal bagi saya. Tak mampulah nak beli selalu. Jadi alternatifnya ialah pensel warna Luna atau Stabilo. Dua-dua saya suka.

Tapi, pernah jumpa pensel warna Stabilo di kedai Eco, wah, seronok! 😸

6) Lain-lain keperluan

- Komputer dan printer! Penting untuk sokong pembelajaran anak atau ketika mencari maklumat tambahan. Printer harussslah untuk cetak latihan, permainan, laporan dan sebagainya.
- Box storage untuk simpan hasil kerja atau dokumentasi homeschool.
- Fail.
- Pensel, gunting, penebuk lubang dan segala "adik-beradiknya"😄
- Buku tulis, jurnal.
- Whiteboard marker.

Ini hanya asas. Setiap orang ada keperluan sendiri. Pastikan anda senaraikan supaya mudah diurus.



Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Khamis, 21 Jun 2018

Pengalaman pertama bersalin


Semasa mengandung kali pertama (2009), saya lalui dengan ilmu yang kosong di dada. Ketika itu, saya masih di tahun akhir pengajian. 

Tidak membaca apa-apa buku keibubapaan, tidak terasa mahu menuntut ilmu kehamilan, tidak begitu mengambil berat akan pemakanan dan segalanya berlalu seperti biasa kecuali saya melazimi al-Quran dan mula mengamalkan bacaan Hisnul Muslim. 

Itu pun atas saranan suami. Syukur sekali Allah berikan suami yang sangat kuat bab ini.

Allah rezekikan kandungan itu bertahan selama 3 bulan sahaja. Ia gugur ketika saya pulang bercuti untuk menyambut hari raya Aidilfitri. Saya hanya menangis sekali sahaja iaitu selepas keluar dari bilik pemeriksaan Pakar O&G.

Selepas itu, saya tidak mahu lagi mengeluarkan air mata kerana benar-benar teringat firman Allah dalam Surah Al-Balad ayat 4 yang bermaksud : Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);

Dan ada sebuah lagi firman Allah yang mana saya lupa surah dan ayat ke-berapa yang bermaksud Allah menetapkan sesuatu dalam pengetahuannya. Tidak cepat atau tidak lambat. Maka, mengimani kedua ayat ini membuatkan saya jadi tenang dan redha.

Datang ibu mertua yang kesedihan menangis melihat keadaan saya membuatkan diri agak hiba. Namun, ketenangan dari wajah emak dan ayah saya membuatkan saya kembali sedar. Semuanya milik Allah.

Proses mengeluarkan janin agak mencabar. Saya yang tiada ilmu ketika itu tidak bersedia dari segi mental dan fizikal. Hanya kekuatan emosi yang Allah beri sahaja membuatkan saya cuba bertahan. 

Bermula dengan proses induce, pengeluaran janin sehingga kepada proses D&C, saya lalui dengan pengalaman baru. 

Saya masih ingat lagi bagaimana menanggung kesakitan proses selepas induce sehingga akhirnya janin tersebut keluar. Jururawat yang lemah-lembut dan baik itu sangat mendamaikan perasaan. 

Alhamdulillah, moga Allah kurniakan kebaikan buatnya yang ikhlas memberi khidmat terbaik kepada pesakit.

Sememangnya, melalui pengalaman itu seorang diri, tanpa ada sesiapa pun menemani di sisi membuatkan saya pasrah kepada Allah Yang Maha Esa. Tiada daya dan upaya melainkan kuasa Allah. Saya sangat sedar, Allah memberi tarbiah terus kepada saya. Tiada gunanya bergantung kepada manusia. Subhanallah 😭

Semasa menanggung kesakitan, saya terfikir mengapa sakit sangat? Adakah ini dikatakan sakit bersalin? Saya memang terasa mahu membuang tudung yang dipakai, mahu bangun dan lari dari katil, mahu berpusing badan dan sebagainya. Saya cuma mampu berdoa supaya proses berjalan dengan baik dan saya SABAR hadapi keadaan ini. 

Akhirnya selepas 6 jam sakit, 9.30 pagi, janin tersebut berjaya keluar. Saya hanya berbaring di katil selepas jururawat menasihatkan supaya saya tidak bergerak bermula proses induce dibuat 😌 Punyalah "zero" pengetahuan saya tika itu 😅

Lama selepas itu baru jururawat menjengah saya dan saya memberitahu beliau yang saya rasakan darah banyak keluar. Terasa basahnya katil saya. Lantas beliau memaklumkan janin tersebut sudah keluar dan meminta izin dimasukkan ke dalam botol spesimen untuk dibawa ke makmal. Saya dapat melihat sepintas lalu keadaan janin saya sebelum beliau dengan pantas membersihkan saya.

Saya hanya berzikir selepas proses kelahiran sehinggalah melalui proses D&C pada malam tersebut. Seingat saya, memang saya terkejut ketika disiapkan untuk ke bilik pembedahan kerana bimbang berlaku pendedahan aurat. Huhu.

Nyata, apabila masuk ke OT, saya lihat ada beberapa orang pembantu lelaki. Namun doktor yang menjalankan prosedur ialah seorang doktor perempuan. Saya terus dibius sejurus masuk ke OT. Saya hanya sedar sebaik sahaja keluar dari OT dan ditempatkan berhampiran pintu OT sebelum dibawa oleh jururawat kembali ke wad. Waktu itu jam menghampiri 2.30 pagi. 

Jururawat bertugas agak terkejut kerana saya tersedar awal selepas proses D&C dan saya tidak "mamai" seperti kebanyakan pesakit lain. Keesokan paginya juga, saya bangun dan mengurus diri sebelum keluar wad. Malah, ditegur oleh jururawat kerana berjalan laju. "Hati-hati, dik. Awak tu baru lepas D&C." Err... Yalah, saya pun beringat kembali 😅

Pulang ke rumah pada hari terakhir ramadan, saya berehat sahaja sehingga keesokan paginya 1 Syawal, saya tidak banyak bergerak. Saya pulang lewat seminggu ke kampus kerana menghabiskan cuti sakit yang diberi oleh doktor. Alhamdulillah, saya tidak ketinggalan banyak kerana sudah memasuki semester akhir dan hanya ada 3 kelas berlangsung sepanjang tempoh saya cuti sakit. Sempat lagi saya "catch up".

Kini saya sedar, ia merupakan tarbiah awal sebelum saya mengandung untuk kali yang seterusnya. Ia mengajar tentang ketabahan, kekuatan dan paling penting kesedaran saya dalam menuntut ilmu.

Wallahualam.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Isnin, 18 Jun 2018

Kunjungan Syawal


Alhamdulillah. Syawal kali ini menemukan saya dengan insan-insan yang selama ini hanya dikenali di alam maya.

Terlebih dahulu, pasti penghargaan buat mak dan ayah saya kerana sudi menerima kunjungan rakan-rakan saya. Malahan, mak bekalkan dengan macam-macam makanan pula tu 😊

Kunjungan Pn Sarah pada petang Syawal pertama serta Pn Farahliza pada hari raya kedua. Dua-dua insan ini saya kenali semasa menjadi agen Pn Sarah di bawah bumbung KedaiBerjaya.com.

Dari kiri : Mujahid, Furqan, Pn Sarah, Fateh, mak dan saya.

Kini, kedua-duanya terus mengorak langkah lebih maju dalam bisnes masing-masing. Pn Sarah hebat memacu Akademi Perniagaan Barangan Kanak-kanak dan Pn Farahliza gigih mengembangkan sayap Ellsee  (LaMamma).

Bersama Pn Farahliza. Dapat cenderahati 2 losyen LaMamma. Terima kasih Farah!

Rezeki dapat hadiahkan dua buah buku Kertas-kertas Yang Merubah Fikir kepada mereka. Malah, Pn Sarah dengan pantasnya sudah selesai baca beberapa bahagian.





Moga ukhwah terjalin hingga bertemu di syurga nanti. Amin..amin..

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Sabtu, 16 Jun 2018

5 Tip Bina Keyakinan Anak Membaca Buku



Bagi anak yang baru pandai membaca, adalah normal jika mereka masih bertatih-tatih belajar membaca. Adakalanya lambat baca, adakalanya tersilap sebut, ada yang malu nak baca kuat pun ya. Begitulah. Mak ayah jangan over nak push pula 😋

Menurut laman web Get Smart to Regon (www.getsmartoregon.com) ada 5 cara membina keyakinan diri anak dalam membaca :

Pertama, jangan paksa anak membaca. Cukup sekadar menemani sebelah anak semasa dia membaca. Beri rasa selesa itu yang utama.

Kedua, beri ruang kepada anak untuk baca sendiri-sendiri tanpa pantauan kita. Mungkin anak lebih "bebas" untuk membaca tanpa risau ditegur oleh mak ayah.

Ketiga, bacakan buku kepada orang / benda yang lain. Anak kedua saya agak sukar membaca di hadapan orang. Jadi saya cadangkan dia membaca kepada adik kecilnya atau membaca di ruang permainan. Alhamdulillah, ia berjaya! Sehingga kini, dia suka bacakan adik kecil buku cerita.

Keempat, beri anak melihat usaha kita membacakan atau menyebutkan perkataan dengan baik. Biasanya terjadi apabila kita bacakan anak buku dengan segala intonasi, gaya dan lakonan. Terutama buku cerita yang memerlukan ekspresi. 

Kelima, jangan "overcorrect". Terima kesilapan anak. Kita mahukan anak yang yakin diri apabila membaca. Jadi, jangan terlalu rigid sehingga anak jadi takut untuk menyebut perkataan yang dibaca.

Membacalah dengan cara menyeronokkan!

Merangsang anak minat membaca dengan pelbagai buku interaktif dan menarik!

+++++++

Siri Bizzy Bear RM130 untuk 1 set (5 buah buku).

Kos pos RM10 (SM) | RM13 (SS)

Sebuah siri buku berkulit keras (board books) yang mempunyai ilustrasi berwarna-warni, boleh di 'flip', gambar tersembunyi, diputar, dan sebagainya.

Sesuai untuk anak kecil yang aktif dan suka eksplorasi!

Berminat untuk dapatkan buku ini secara bayaran tunai atau installment, boleh hubungi :


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Teruslah Berbual Dengan Anak


Bila anak lambat cakap, mak ayah perlu sabar dan teruskan berbual dengan anak.

Pernah alami situasi ini?

Ya, kami pernah alami semasa anak kedua dahulu. Selain berjumpa doktor, kami teruskan berbual dengan anak macam biasa.

Bila orang tengok, memang hairanlah kan. Kita sembang dengan anak, macamlah si kecil tu faham kita cakap apa 😂

Tetapi, apabila tiba saatnya Allah beri izin, haaah, terus keluar perkataan demi perkataan dengan jelas. Alhamdulillah, tak pelat dan petah.

Sebabnya, anak kecil ini bagai menyimpan "koleksi" vocabularies. Dia melihat bagaimana kita menggunakan intonasi suara, bila masa guna perkataan yang sesuai, apa perkataan yang boleh diguna, macam mana ekspresi kita dalam situasi tertentu dan lain-lain.

Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan berbual dengan anak anda. Bacakanlah buku dan #berilahbacaanbergizi untuk mereka.

#ejenAuladReadPlay
#bermuladirumah

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015