Anak-anak sudah besar apabila menyedari saya kurang mengajar kemahiran menggunting. Mujurlah cepat sedar.
Sebelum ajar anak menggunting, haruslah melatih kemahiran motor halusnya. Aktiviti yang boleh dilakukan ialah :
1. Mengoyak tisu dan kertas.
2. Memicit span, alat permainan getah yang mengeluarkan bunyi seperti mainan itik.
3. Bermain doh.
4. Exercise genggam tangan dan buka beberapa kali.
Pastikan memilih gunting yang selamat. Gunting yang mempunyai hujung yang tumpul atau bertutup seperti ini :
Untuk latihan menggunting, saya tidak cetak dari internet sebaliknya mendapat idea untuk lukiskan di atas kertas. Buat beberapa salinan, asingkan mengikut corak dan letakkan di dalam bekas.
Untuk templat latihan menggunting boleh juga cari di internet. Antara yang comel :
1) www.dltk-kids.com
2) www.kidslearningstation.com
3) www.activityvillage.co.uk
4) www.makeoversandmotherhood.com
Sesekali buat aktiviti seperti ini - membina rumah. Menggunting template rumah dan menampal mengikut bentuk.
Template |
Jumpa lagi :)
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan