Alhamdulillah, Allah izinkan ke BBW Melaka tahun ini. Kali ini pergi bersama biras, Radhiah :) Kami keluar jam 11 pagi dan saya membawa anak sulung sahaja. Saya hanya mencari buku di sekitar ruang kanak-kanak dan tidak pergi ke ruang lain.
Keadaan tidak begitu sesak berbanding tahun lepas. Tahun lepas kami perlu beratur selama 3 jam untuk membayar buku! Tahun ini tenang-tenang sahaja :)
Buku kanak-kanak memang banyak. Dari sekecil-kecil buku hingga ke sebesar-besar buku. Ada jenis jigsaw puzzle book, buku+patung mainan, buku kulit keras (board book), soft book, flip book, buku aktiviti, mewarna, buku memasak untuk anak-anak, buku cerita dan set-set buku yang dipakejkan dalam kotak yang cantik. Cuma harganya sudah semakin mahal >_< Itu sangat ketara.
Gambar-gambar sekitar semalam.
Banyak pilihan buku. Namun perlu teliti satu persatu. Ada buku yang muka suratnya melekat antara satu sama lain. |
Buku kain untuk Asma' |
Board book - setiap helai ada helaian yang boleh dipusing, di tarik ke atas dan tepi. Konsep yang menarik. |
Buku dan 114 keping lego. Oh, sangat mini rupanya lego itu! Buku untuk Abdullah Naufal |
Buku, jigsaw puzzle dan watak-watak dalam cerita (dalam bentuk foam). Harga RM25 satu set. Jigsaw puzzle ini ada 2 bahagian - hadapan - dam, belakang - gambar halaman rumah. Boleh guna untuk bercerita. |
Buku untuk kawan baik di Kelantan. Anaknya suka haiwan katanya. |
Khaulah yang sudah kepenatan. |
Ada pro dan kontra jika bawa anak kecil bersama. OK, memang banyak kontra ;) Lepas ini berfikir banyak kali untuk bawa Khaulah ke PBAKL 2016. Hmm....
Selain buku-buku di atas, kami beli 2 buah buku aktiviti bersama Dora (buku besar - mewarna dan ada stiker), 1 buku tulis dan padam dan 1 set kit mewarna. Semua ini untuk sebahagian sepupu anak.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan