Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana saya berpeluang mengikuti seminar Dr Mahani Razali kali ini pada 15 Mac 2016 di Hotel Sentral Melaka.
Pesan beliau sabarlah dalam menuntut ilmu. Apabila mendapat ilmu, kita harus sebar-sebarkan. Jangan kedekut ;) Tapi, saya ambil masa yang sangat lama untuk tulis entri ini ;)
Baiklah, seminar ini secara asasnya bukanlah seminar mengajar anak membaca mengguna teknik khusus tetapi peserta dibawa kepada prinsip asas iaitu :
* Memberi pendedahan kepada bunyi kepada anak sedari awal. Jika boleh sejak hamil sudah mula bercakap dengan anak dalam kandungan. Kajian menunjukkan minda anak dapat dirangsang sejak dari dalam perut ibu lagi. Subhanallah.
* Banyakkan bercakap dengan anak supaya perbendaharaan kata anak semakin bertambah dan berkembang walaupun ketika itu anak masih belum tahu bercakap.
* Pendedahan kepada bunyi bukan sekadar bunyi haiwan dan kenderaan tetapi percakapan kita juga adalah bunyi :)
* Sebelum ajar anak membaca pastikan semuanya seimbang (fizikal, emosi, kognitif, sosial dan lain-lain)
* Rangsang dahulu hormon "happy" anak supaya lebih bersedia untuk belajar
* Boleh pakai apa sahaja teknik membaca. Tidak terhad kepada satu-satu kaedah sahaja.
* Apabila disebut membaca, ada 4 komponen yang perlu kita ambil tahu iaitu :
1) Perbendaharaan kata
2) Abjad
3) Kelancaran
4) Kefahaman
Antara bahan yang dikongsikan semasa seminar :
Beliau mencadangkan supaya menggunakan sejenis inovasi alat dari pvc untuk mengatasi masalah sebutan. Ia dinamakan "Whisper Phone". Alat ini boleh dibuat sendiri.
Seterusnya. fasa ketiga dalam seminar ialah Dr menunjukkan bagaimana mengajar kefahaman kepada anak-anak kita.
* Menggunakan teknik pelangi iaitu menggariskan isi penting dengan warna berbeza seperti merah, jingga, kuning, hijau dan seterusnya. Ini membantu mereka memahami teks dan menjawab soalan pemahaman.
* Menggunakan kaedah jari - apa, siapa, buat apa, di mana dan mengapa,
* Menggunakan "story map".
Latihan seumpama ini juga sebenarnya adalah salah satu komponen pemahaman. Anak-anak perlu mengetahui objek dan memadankannya. Dan latihan yang lagi satu perlu dibaca ayat demi ayat bagi melengkapkan arahan latihan.
Rasanya itu sahaja perkongsian hari ini. Andai ada lagi yang tidak tertaip, saya mohon maaf. Memori dah lemah >_<;
Jumpa lagi! :)
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan