Ahad, 20 Mac 2016

Origami


Sedikit masa dahulu, aktiviti origami dan lipatan menjadi viral di laman sosial atau sekurang-kurangnya ramai dalam kalangan senarai rakan saya di Facebook yang kongsikan album tersebut. Malangnya apabila dicari semula sudah tiada. Maka terpaksalah ingat-ingat sendiri bagaimana membuatnya.


Kami pilih untuk buat burung, gajah dan bangau.

 Tujuan saya membuat origami ini adalah untuk melihat kecenderunganan anak lelaki beraktiviti. Nampaknya dia sudah boleh semakin fokus. Satu perkembangan yang baik. Namun anak-anak jangan dipaksa melakukannya nanti hilang hormon 'happy' membuat sesuatu aktiviti.


Tiga beradik melakukan aktiviti :)


Seronok membuat lipatan kali ini. Anak-anak memilih watak yang mahu dibuat, menggunting, melipat, mewarna dan menggam pada kad manila. Satu proses yang panjang sekali. Di akhirnya tidaklah siap sempurna 100% kerana setakat itu sahaja yang mereka mahu buat. 


Hasil akhirnya. 

Secara peribadi, saya gembira melihat anak kedua yang seronok melakukan aktiviti kraf ini tanpa disuruh. 



Akhirnya, dalam sesi bercerita diselitkan dengan kata-kata Allah. Subhanallah, Allah telah sebut di dalam surah An-Nur ayat 45 :


Maksudnya :


Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air ; maka sebahagian daripada mereka menjalar atas perutnya dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Dia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Allahu Allah. Segalanya telah Allah sebut di dalam Al-Quran. 
Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015