Rabu, 25 Mei 2016

Memperkenalkan huruf hijaiyah



Sudah hampir sebulan saya tidak berapa sihat dan tugasan banyak di tempat kerja. Ditambah pulang lewat ke rumah setiap hari membuatkan diri kurang tenaga dan keletihan. Akibatnya aktiviti anak banyak terganggu dan tidak dibuat.

Sehinggakan hampir setiap pagi apabila menghantar anak ke rumah pengasuh, anak-anak akan bertanya, "Hari ni ummi dan abi balik lambat ke?" Tersentap rasa hati 😞

Hari ini pulang awal sedikit. Hanya yang bongsu berjaga. Yang lain masih tidur tengahari. Tak mengapalah, bawa pulang si kecil dahulu.

Saya bertekad memulakan semula aktiviti belajar mereka hari ini. Si kecil ini berusia 1 tahun 9 bulan. Saya ajak dia bermain warna air. Disebabkan warna terhad, Asma' buat aktiviti mengenal huruf a (alif berbaris atas) dan saya lukiskan gambar singa di sebelahnya. Singa dalam bahasa Arab ialahأسد.




Seronok lihat dia memegang berus warna dan mewarna. Terhibur hati. Sungguhpun kepenatan pulang dari kerja. Masya Allah, tabarakallah!






Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015