Isnin, 2 Mei 2016

Tip ke PBAKL (Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2016), MAEPS Serdang)


Alhamdulillah, tahun ini dapat ke PBAKL yang bertempat di MAEPS, Serdang. Tempat baru. Biasanya pesta buku ini dibuat di PWTC. 

Kami pergi pada hari Jumaat, 29 April 2016. Lewat pula sampai ke sana kerana tersesat beberapa kali. Itulah, bateri telefon masing-masing sudah habis, bekalan power bank pun tidak dibawa. Haih.

Kami hanya pergi bertiga ; bawa anak sulung, Khaulah. Niatnya memang mahu berikan kebebasan kepadanya untuk memilih buku sendiri. Maklumlah, kanak-kanak pada umur begini sudah ada citarasa pilihan sendiri apa yang mahu dibaca. Mujur juga bawa dia. Apa yang ummi pilih, hampir semua digelengkan. Haish.. okeylah kakak, pilih sendiri. Puas hati :)

Perdana University di MAEPS, Serdang. Inilah gambar terakhir sebelum bateri habis >_<

Sebahagian buku anak

Flip book menyerupai kalendar. Dibeli dari reruai ITBM. Hanya RM5 sebuah.
Buku bertemakan haiwan ini berkonsepkan soal jawab. Anak saya kata  buku teka-teki ;) Bolehlah. 

Kami beli dua buah buku kanak-kanak dari reruai Dakwah Corner Bookstore iaitu Who Is Allah? dan Studying Hard. Buku kedua ini ada empat buah dalam satu siri tetapi anak mahukan sebuah sahaja.



Kandungan dalam Who Is Allah?


Kandungan dalam Studying Hard
Belek-belek buku Who Is Allah? teringat sebuah buku idea kreatif dari Indonesia yang baru dibeli. Ada topik yang sama dengan ini. Insya Allah akan buat nanti :)

Kami pulang dari MAEPS jam 9.15 malam. Hujan lebat rupanya di luar dewan. Basah kuyup juga jadinya kerana kami berjalan kaki menuju tempat meletak kenderaan. Suasana sudah gelap gelita. Hanya ada 2 buah kenderaan yang ada berdekatan kami ketika itu. Perjalanan pulang mencabar. Hampir 1 pagi baru kami tiba di rumah. 

Alhamdulillah.

Oh ya, berbalik kepada pesta buku kali ini. Saya agak terkejut kerana kawasan meletak kenderaan dengan dewan pameran sangat jauh. Patutlah disediakan kemudahan tram. 

- Seeloknya senaraikan dahulu buku yang mahu dibeli.
- Ketahui penerbit buku tersebut dan cari nombor reruai dan lokasi dewan pameran.
- Makan terlebih dahulu.
- Bawa bekalan ringan dan air secukupnya. Food truck disediakan tetapi makanannya mahal.
- Bawa duit lebih sebagai langkah selamat ;) Mesin ATM BSN disediakan di Dewan A. 
- Bawa beg atau troli beroda. Sangat berguna walaupun anda rasa hanya mahu membeli 4 ke 5 buah buku sahaja.
- Perhatikan label promosi. Buku baru kebanyakannya hanya 15% diskaun tetapi ada sahaja penerbit yang menawarkan 50% ke 70% diskaun. Antaranya Galeri Ilmu, PTS, Karangkraf dan ITBM (sekadar menyebut beberapa reruai).

Selamat membeli-belah dan membaca! Jumpa lagi.


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015