Bulan Februari mencatatkan empat buah buku sahaja dapat dibaca. Dengan keadaan anak-anak tak sihat selama 2 minggu secara bergilir-gilir, mood untuk membaca juga tenggelam timbul.
Membaca pun perlu emosi yang baik, kan? 😊
Buku ke-12 : Menumpang Teduh Pohon Akasia
Buku ke-13 : X-plorasi Cinta Rasul oleh Ust Muhammad Luqman Makhtar.
- Sebuah buku berbentuk "game book". Belajar sirah Baginda Muhammad SAW dengan cara yang interaktif. Boleh tahan berpinar juga mata mencari jawapan dalam "word search". 😂
Sumber gambar : Laman web Telaga Biru |
Buku ke-14 : Filosofi Mak Singa.
- Buku ini jika dibaca dengan nada sinis, sinislah jadinya. Tetapi jika dibaca dengan nada biasa, OK sahaja mesejnya. Bagus juga buat peringatan ibu-ibu muda ni. Cuma di kebanyakan waktu, adakala terasa seperti "macam bagus" sahaja ibu ni. Opss 🙊🙈
Buku ke-15 : Surirumah Professional oleh Ummi Nadzrah (Ummi Profazz)
- Menenangkan tatkala membaca buku ini. Nada buku ini berlainan dengan Filosofi Mak Singa. Penulis memang bersemangat berkongsi pengalaman dan ilmu dari awal hingga akhir buku. Masya Allah.
Sumber gambar : bookcafe.com |
#iRead2018
#readingchallenge
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan