Sumber gambar : koleksi peribadi
Alhamdulillah, pagi-pagi semalam dapat mesej dari seorang rakan yang memberi pautan kepada satu aktiviti origami.
Macam tahu-tahu sahaja yang kami memang nak buat origami.
Dalam entri Teacher Fiera ini, beliau sertakan video dari Youtube. Jom sama-sama tonton :
Alhamdulillah anak-anak beri kerjasama yang baik pagi semalam untuk siapkan origami ini. Kami menggunakan 6 helai kertas warna.
Saya membantu dan membimbing dari mula hingga akhir. Hanya bahagian membuat tapak saya buatkan. Yang lain mereka lipat dan gam sendiri.
Cubaan melipat sendiri |
Prosea menggam |
In progress |
Dah siap! |
Banyak lagi perlu perbaiki. Tapi untuk ini, sekurang-kurangnya kami sudah ada idea hadiah yang boleh diberi kepada orang lain! Terima kasih Teacher Su (yang beri mesej semalam) dan Teacher Fiera.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan