Ahad, 14 Oktober 2018

Kek mentega


Sudah lama tak ada sesi "baking" dengan anak-anak. Kasihan. Ummi ni kurang sabar 😭 Maafkan ummi, anak-anak.

Sejak minggu lepas, berusaha mengumpul kekuatan dan kesabaran untuk ajar mereka memasak.

Apabila tiba waktu memasak kek atau kuih-muih, kami pasti akan pulang ke rumah nenek. Sebab nek ummi ada ketuhar besar serta peralatan "baking" yang lengkap. Kami, satu pun tak ada. Aiyooo.. kena buat wishlist ni nanti agaknya.

Saya tak tahu nama kek ini. Rasanya Kek Mentega. Hehe. Kami dapat resipi ini daripada mertua adik saya, Mak Ani. Meh saya kongsi resipi dahulu :


Jelas tak tulisan tu? Harap-harap boleh baca. Tulisan orang lama (mak saya). Cantik, kan?

Kali pertama cuba, kek kami agak padat dan garing sedikit di bahagian tepi walaupun masih sedap dimakan. Saiznya comel sahaja. Disebabkan tidak berpuas hati dengan cubaan pertama, selang beberapa hari, kami buat lagi.


Ha, kali ini saya pastikan mak, ayah, nenek dan suami dapat makan dahulu. Kek pertama habis dimakan oleh anak-anak 😅 Alhamdulillah, kali ini Allah bagi jadi dan sedap. Syukur.


Kek kali ini lebih gebu, moist dan tekstur betul-betul seperti kek butter yang Mak Ani buat. Tambahan lagi, kek ini tidak begitu manis. Tapi kena ada 'mixer' la baru sedap nak buat banyak-banyak. Jenuh pakai tangan. Haha. 

Anak-anak sudah minta kek ini lagi. Alamak, sudahlah ini bukan gluten free. Sesekali bolehlah 😅

Jumpa lagi.

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Aina Dayana Hilmi | Tip Homeschooling Untuk Anak
Instagram : @ainadayanahilmi | @tiphomeschoolinguntukanak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015