Anak Bijak Cerdik Duit.
Sebuah buku mengenai kewangan khas untuk kanak-kanak. Hasil kreatif Dr Mohamad Fazli Sabri dan Nurhayatul Nira Ramli.
Saya beli buku ini pada tahun 2013. Kebetulan staf saya adalah kenalan Dr Mohamad Fazli ini.
Baru kini mahu mengaplikasikan ilmu di dalam buku ini.
Bukunya menarik sekali. Ada nota, penerangan dan cadangan aktiviti. Oh ya, ada sebuah lagi sebagai buku panduan dan praktikal. Namun anak-anak saya belum mahir menulis jadi saya mulakan dengan perkara asas dahulu.
Memperkenalkan nilai-nilai duit syiling. Ada 5 sen, 10 sen dan seterusnya. Saya kira anak belum tahu nilai tetapi sudah mula memahami konsep setiap duit syiling ini berharga. Dapat digunakan untuk membeli barang, bersedekah dan menyimpan di dalam tabung.
Aktiviti yang dijalankan ialah meminta anak-anak memasukkan duit ke dalam tabung masing-masing. Tidak kira berapa pun jumlahnya. Kemudian, ummi akan kira dan cukupkan ;) Ini pertama kali mereka memasukkan duit ke dalam bekas bernama "tabung".
Teruja.
Masing-masing memasukkan duit ke dalam "tabung" dengan tenang. Tidak berebut-rebut. Bagus.
Cadangan aktiviti yang boleh dijalankan :
1) Buat treasure hunt duit syiling di dalam rumah atau reka stesen tertentu. Mereka diberi peta dan harus mencari benda tersembunyi . Duit syiling itu harus disimpan di dalam uncang yang dibawa. Pemenang dikira apabila yang pertama sampai ke garis penamat. Duit itu dimasukkan ke dalam tabung masing-masing.
2) Menyelesaikan jigsaw puzzle yang menunjukkan lokasi kotak impian yang mengandungi uncang-uncang "emas". Mereka perlu mencarinya.
3) Menyurih wang syiling dengan pensel warna :)
Menyurih wang syiling |
Jumpa lagi.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan