Buku Bunyi Itu, Bunyi Ini |
Hari ini berkesempatan membacakan buku bertajuk Bunyi Itu, Bunyi Ini yang ditulis oleh Norani Md Salleh dan Ilustrasi oleh Enche Abdullah Abdul Kadir. Buku ini adalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di bawah siri BAWAL (Program Bacaan Awal).
Buku dalam siri ini sangat menarik! Malangnya sudah tiada dalam pasaran. Harap-harap DBP boleh cetak semula. Ada 50 buah buku dalam 3 tahap - Tahap 1, Tahap 2 dan Tahap 3.
Kandungan dalam buku |
Antara isi ceritanya |
Buku ini bersifat interaktif dan sesuai sekali untuk aktiviti bercerita. Ia memperkenalkan bunyi-bunyi. Misalnya bunyi Amin mandi, bapa berjalan di atas lantai kayu, datuk bersin dan Mak Ngah batuk. Anak-anak boleh mengajuk semula.
Kami bermain "kotak impian" (biasanya panggil kotak beracun). Kad-kad soalan berdasarkan bunyi di dalam buku. Ada lebih dari lapan bunyi tetapi untuk permainan saya hadkan kepada ini sahaja - batuk, bersin, merebus telur, bunyi, ketawa, menguap dan memandu kereta mainan.
Guna kotak tisu sahaja. Masukkan kad di dalamnya. |
Anak-anak bersama kad cabutan. Mereka perlu lakonkan semula :) |
Permainan dijalankan dengan memasang lagu, mereka perlu beri kotak kepada kawan di sebelah sehingga lagu tamat. Orang terakhir yang memegang kotak perlu menyeluk kotak dan ambil satu kad. Baca arahan dan lakonkan.
Lucu sekali melihat mereka melakonkan arahan ^_^ Sampai ke malam bercerita dan meneka bunyi.
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan