Selepas solat Isyak, ambil masa sekejap untuk membacakan anak buku cerita. Haruslah ada warna merah jambu jika si kakak yang memilih buku. Tajuknya "Ada Apa Di Dalam Kotak?".
Agak-agaknya apa yang terlintas di fikiran mereka? Semua menjawab hadiah! (Ummi pun teka begitu). Namun helaian pertama menyangkal tekaan tadi. Rupanya bercerita tentang donat koko dan donat strawberi.
Dua jenis donat ini angkuh kerana hasil jualan mereka banyak mengalahkan kuih-muih yang lain. Tempat letak mereka lebih luas.
Namun beberapa minggu kemudian, tuan kedai membawa sebuah kotak misteri yang cantik. Tempat letak donat dikecilkan.
Mengapa ya? Dan apakah benda di dalam kotak?
Jeng..jeng..jeng...
Anak-anak ketawa sahaja sambil cuba meneka. Semasa bercerita haruslah ada unsur suspen, kejutan dan nada teruja. Barulah mereka juga ikut "excited" mendengar cerita. Sungguhpun ummi mereka ini tidaklah pandai bercerita. Sob..sob..
Ha, tuan kedai rupa-rupanya mengeluarkan kek cawan dari kotak comel ini. Oh!
Dan kek cawan tidak sombong. Ia berkawan dengan semua kuih yang ada. Donat koko dan donat strawberi berasa insaf dan malu atas perbuatan mereka.
Pengajarannya :
Maksudnya : Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung. (Surah Al-Isra' ayat 37)
Ya Allah, Allah memberi peringatan tegas supaya jangan sombong. Tidak ke mana dengan sikap itu. Sebaliknya kita mesti berlemah-lembut dan berbuat baik kepada orang. Bukankah itu akhlak Rasulullah sollallahu alaihi wasallam.
Anak-anak ini suka cakap "tak nak kawan". Ha, dah dengar ayat tadi kan? Tak elok cakap macam tu, bukan?
Mereka mengangguk-anggukkan kepala.
Disebabkan hari sudah malam tak dapatlah kami membuat donat. Maka tukar kepada permainan kotak impian :) (baca :kotak beracun). Kami gunakan sebuah kotak dan dimasukkan beberapa objek di dalamnya. Cara bermain :
1. "Passing" kotak sehingga lagu tamat.
2. Orang terakhir memegang kotak akan menyeluk ke dalam kotak tanpa melihat isinya.
3. Teka objek.
4. Keluarkan dan lihat sama ada tekaan betul atau salah.
5. Permainan diulang sehingga objek habis dalam kotak.
Seronok sekali mereka bermain. Hingga susah mahu diajak masuk tidur. Haih.. ^_^
Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi
menarik la buku cerita ni. beli di mana ye?
BalasPadamPuan, saya beli dari penulis, CikMa (Facebook Maryati Mohd Amin)
PadamMemang semua buku di bawah #100 buah buku bergambar sangat menarik.
:)