Khamis, 17 Mac 2016

Pinjam buku



Awal-awal bulan Mac ini, kerja semakin hari semakin bertambah. Hingga satu tahap saya hilang suasana membaca. Cuti sekolah ini sekali lagi ke Perpustakaan Negeri. Apabila berada di bahagian kanak-kanak, saya suka meninjau koleksi buku cerita lama seperti siri Enid Blyton, kisah Noddy dan siri buku kanak-kanak yang lain. Mengimbau kenangan semasa kecil :)




Berjaya pinjam 5 buah buku iaitu Mengenali Imam Asy-Syafi'i karangan Ustaz Umar Muhammad Nor, Deme Wasap Ambe Reply oleh Ustaz Azhar Idrus, Buat Pahala 'Free' Gaya Rasulullah oleh Dr Mohd Khairul Nizam, Tanyalah Diri oleh Pn Roza dan Wanita Solehah oleh Hikmatul Islam. Buku House At The Corner itu saya pinjam menggunakan kad perpustakaan anak :) Rasanya kami pernah ada buku ini dahulu. Versi kulit keras tapi ya, ke mana sudah buku itu. 



Buku pinjaman anak-anak. Sebahagian dipilih oleh mereka dan sebahagian lagi saya pilih secara diktator ;p Khaulah pemegang kad Ahli Kelab Kancil maka boleh pinjam 8 buah buku dalam satu masa. Majalah dan cakera padat juga boleh pinjam cuma saya tidak pasti bilangannya. Kali ini kami pinjam sebuah cakera padat matematik prasekolah tapi belum tonton lagi.

4 daripada 6 buah ini sudah habis dibaca. Dan saya tidak sangka anak sanggup membaca buku cerita mandarin itu satu-persatu (ada subtitle sebutan.) Andailah saya ini boleh ajar anak Mandarin ^_^ Beria dia membacanya.

Jom baca buku!


Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015