Rabu, 20 Julai 2016

Ulasan buku : Bukan Ibu Biasa


Tiada orang yang terus menjadi ibu yang hebat. Ilmu keibubapaan bukanlah datang secara natural sepenuhnya sebaliknya harus dipelajari.

Membaca pengalaman orang lain mampu memberi kita ilmu baru meskipun fasa yang dilalui mungkin hampir sama. 

Buku Ibu Bukan Biasa ini ditulis oleh Ummu Balqis, seorang ibu dari Indonesia yang berkongsi pelbagai rasa dan pengalamannya membesarkan anak-anak.

Ada pelbagai fasa dikongsikan. Bermula saat kehamilan, melahirkan, menyusui anak, melatih anak ke tandas (potty training), melatih anak membaca al-Quran, menghafaz, menumbuhkan keyakinan diri dalam diri anak, berdikari, mendidik anak tentang kebersihan, dan senarainya berterusan.

Banyak juga ilmu baru diperolehi sepanjang pembacaan. Insya Allah mahu diaplikasikan bersama anak-anak.

Antara tip yang saya ingat ialah memperkenalkan anak kepada adik yang bakal lahir. Sejak awal kehamilan lagi, ibu perlu libatkan anak yang ada supaya dia tahu akan kewujudan adiknya dan mendidik anak menyayangi adik yang bakal lahir.

Kedua, terkesan dengan tindakannya mencari punca kelewatan pertuturan anaknya. Setelah diteliti dan dibawa berjumpa doktor, ternyata rahang mulut anaknya lemah ekoran ibu ini banyak memberi makanan bertekstur lembut sahaja kepada anak sehingga usia 1 tahun 5 bulan.

Rupanya, apabila tiba waktu, anak sudah boleh diberi makanan bertekstur keras sedikit dan ini dapat melatih rahang seterusnya membantu si anak untuk bertutur. 

Benar

mengasuh bukan mengeluhmendidik bukan mengherdik
:)

Aina Dayana Hilmi
Emel : ainadayanahilmi@gmail.com
Facebook : Ummu Khaulah (Aina Dayana Hilmi)
Instagram : @ainadayanahilmi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright to FITRAH HoMeSchOoLInG
Designed by UMIESUEstudio 2015